Aubameyang tinjau rumah mewah berharga £16 juta.


Ketika rakan sepasukan yang lain beraksi dalam perlawanan Liga Europa di Sweden, Aubameyang yang tidak layak beraksi dalam saingan tersebut menggunakan peluang dan masa terluang tersebut untuk menilai dan melihat rumah mewah bagi penginapan baru beliau di London.


Pemain berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak bersama Arsenal yang menyaksikan perpindahan beliau daripada Borussia Dortmund dengan rekod pembelian termahal kelab berjumlah £56 juta bulan lalu dilaporkan mencari kediaman baru di Utara London dan turut dilaporkan bahawa beliau telah melihat sebuah rumah bernilai £ 16 juta pada Khamis lalu.

Rumah enam bilik tidur itu dibina empat tahun lalu dan direka dari awal hingga ke akhir pembinaannya oleh Kelly Hoppen, pereka dalaman yang sebelum ini pernah bekerja untuk Beckhams dan merupakan 'Dragon' dalam rancangan BBC Dragons' Den.

Berikut adalah gambar-gambar rumah yang ditinjau oleh Aubameyang berharga £16 juta itu.
Aubameyang dilaporkan melihat rumah di Utara London yang mana ianya berhampiran dengan stadium dan pusat latihan Arsenal. Credit Image: Daily Mail
Ruang tamu rumah yang dilawati oleh Aubameyang - bahagian dalam rumah direka oleh Kelly Hoppen.
Credit Image: Daily Mail
Home cinema yang terdapat didalam kediaman ini dilengkapi dengan sofa yang selesa.
Credit Image: Daily Mail
Kolam renang yang terdapat didalam  kediaman tersebut.
Credit Image: Daily Mail
Kediaman mewah ini turut dilengkapi dengan gymnasium yang memudahkan pemain ini untuk mengekalkan kecergasan beliau. Credit Image: Daily Mail



Kediaman mewah  ini menawarkan enam bilik mandi, lima bilik dengan pancuran mandian, tiga bilik persalinan, ruang belajar dan ruang tamu serta dewan biasa selain ruang makan, dapur dan ruang keluarga berkumpul.

Selain itu kediaman mewah ini turut menawarkan sebuah gimnasium, pawagam di dalam rumah, kolam renang dan taman seluas 129 kaki persegi.

Ia adalah sebuah rumah yang pastinya menawarkan banyak ruang buat pemain antarabangsa Gabon untuk berehat disamping meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan beliau ketika tidak beraksi bersama Arsenal. 
 
Rumah mewah ini merupakan rumah yang direka oleh Kelly Hoppen, individu yang pernah menjadi teman wanita kepada bekas pemain pertahanan England dan Arsenal, Sol Campbell.
 


Kelly Hoppen ketika bersama Sol Campbell.

Kelly Hoppen berusia 58 tahun dianugerahkan Order of the British Empire pada tahun 2009 diatas kecemerlangan khidmat 'Interior Design', juga merupakan individu yang bertanggungjawab dalam reka bentuk rumah Christine dan Frank Lampard di Barat London yang mana ianya turut mempunyai kolam renang, gim dan panggung wayang.
 
Konsep dapur terbuka yang ditawarkan oleh kediaman mewah ini.
Credit Image: Daily Mail
Salah satu bilik mandi yang terdapat dalam kediaman mewah ini.Credit Image: Daily Mail
Salah satu bilik tidur yang terdapat didalam kediaman mewah ini bertemakan lilac.Credit Image: Daily Mail
Antara bilik tidur lain yang terdapat didalam kediaman ini. Credit Image: Daily Mail
Ruang makan mewah berhadapan taman seluas 129-kaki persegi. Credit Image: Daily Mail
Pemandangan dari sudut belakang kediaman mewah ini pada waktu malam dari taman.Credit Image: Daily Mail

Aubameyang berjaya membuat permulaan yang hebat bersama Arsenal apabila beliau menjaringkan gol pertama beliau dalam pernampilan pertama bersama Arsenal ketika menewaskan Everton 5-1.

Namun beliau gagal beraksi didalam saingan Liga Europa memandangkan pernah beraksi bersama Dortmund yang turut sama beraksi didalam saingan ini, pun begitu Arsenal dilihat tidak menghadapi masalah dalam menumpaskan  Ostersunds 3-0 tanpa khidmat beliau.

Nacho Monreal membuka tirai gol Arsenal sebelum gol sendiri daripada pemain Ostersunds, Sotirios Papagiannopoulos menggandakan gol Arsenal. 

Mesut Ozil kemudiannya melengkapkan kemenangan 3-0 Arsenal keatas kelab Sweden itu dengan jaringan ketiga Arsenal di separuh masa kedua perlawanan untuk keputusan penuh perlawanan 3-0 memihak kepada Arsenal.

Kesempatan tersebut turut digunakan Aubameyang (yang tidak menyertai skuad Arsenal ke Sweden) untuk membasuh dan membersihkan koleksi kereta mahal beliau termasuk Range Rover Sport Mansory dan Ferrari 812 Superfast.

Post a Comment

Previous Post Next Post