Penjaga gol kedua Arsenal, David Ospina (29 tahun) bakal diturunkan pada perlawanan akhir Piala EFL - Carabao Cup.
Petr Cech tidak merasakan bahawa beliau bakal diturunkan pada perlawanan akhir Piala Carabao dengan Ospina dijangka menjadi pilihan utama Arsene Wenger.
Kenyakinan tersebut diluahkan oleh penjaga gol utama Arsenal ketika ini, Petr Cech yang mana beliau yakin bahawa Ospina bakal dipilih Wenger bagi menjaga gawang Arsenal pada pertemuan menentang Manchester City yang dijadualkan berlangsung Isnin ini (26 Februari) jam 12.30 malam waktu Malaysia.
Kenyakinan tersebut diluahkan oleh penjaga gol utama Arsenal ketika ini, Petr Cech yang mana beliau yakin bahawa Ospina bakal dipilih Wenger bagi menjaga gawang Arsenal pada pertemuan menentang Manchester City yang dijadualkan berlangsung Isnin ini (26 Februari) jam 12.30 malam waktu Malaysia.
Ospina setakat ini hanya membuat satu penampilan dalam aksi liga (musim ini) ketika menggantikan Cech yang mengalami kecederaan pada perlawanan menentang Everton yang berkesudahan Arsenal menang 5-1 dan beliau hanya beraksi selama 20 minit sahaja pada perlawanan tersebut.
Walaupun sukar untuk menandingi Cech dalam saingan liga (dalam kesebelasan utama Arsenal), namun beliau telah menjadi pilhan utama Wenger bagi saingan domestik yang lain termasuklah saingan Liga Europa.
![]() |
Ospina dan Cech |
Pada perlawanan akhir Piala FA musim lalu, Cech sekadar berada dibangku simpanan manakala Ospina pula menjadi pilihan Wenger untuk mengawal gawang yang akhirnya menyaksikan Arsenal berjaya menewaskan Chelsea 2-1 untuk merangkul kejuaraan tersebut.
Dan Cech yakin bahawa penjaga gol kebangsaan Colombia itu sekali lagi bakal diberi kepercayaan oleh Wenger bagi mengawal gawang Arsenal pada perlawanan akhir nanti.
"Pada awal (musim) ianya sudah jelas bahawa ia akan menjadi seperti itu," jelas Cech.
"Saya akan berada di sana bersama pasukan tetapi saya tidak merasakan bahawa saya bakal diturunkan(bermain)."
"Ia sentiasa sukar untuk menonton mana-mana perlawanan dari bangku simpanan atau dari tempat duduk penonton jika anda tidak dipilih."
"Sebagai pemain, anda sentiasa mahu terlibat, tetapi jelas anda berada di kelab profesional di mana terdapat 25 pemain terbaik dan pengurus sentiasa membuat pilihannya untuk setiap perlawanan dan anda perlu menerimanya."
Arsenal, dibawah kendalian Wenger (22 tahun) tidak pernah memenangi kejuaraan ini (Piala EFL) dan prestasi terbaik skuad Arsenal dalam kejuaraan ini adalah pada tahun 2007 dan 2011, apabila berjaya mara ke perlawanan akhir.
Namun, kedua-dua perlawanan akhir tersebut gagal untuk dimenangi Arsenal apabila tewas kepada Chelsea pada tahun 2007 dengan keputusan 2-1 dan tewas kepada Birmingham City juga dengan keputusan yang sama iaitu 2-1.
REKOD KEJUARAAN PIALA EFL DIMILIKI OLEH KELAB
REKOD KEJUARAAN PIALA EFL DIMILIKI OLEH KELAB
Kelab | Juara | N.Juara | Tahun Kejuaraan | Tahun N.Juara |
---|---|---|---|---|
Liverpool | 8 | 4 | 1981, 1982, 1983, 1984, 1995, 2001, 2003, 2012 | 1978, 1987, 2005, 2016 |
Manchester United | 5 | 4 | 1992, 2006, 2009, 2010, 2017 | 1983, 1991, 1994, 2003 |
Aston Villa | 5 | 3 | 1961, 1975, 1977, 1994, 1996 | 1963, 1971, 2010 |
Chelsea | 5 | 2 | 1965, 1998, 2005, 2007, 2015 | 1972, 2008 |
Tottenham Hotspur | 4 | 4 | 1971, 1973, 1999, 2008 | 1982, 2002, 2009, 2015 |
Nottingham Forest | 4 | 2 | 1978, 1979, 1989, 1990 | 1980, 1992 |
Manchester City | 4 | 1 | 1970, 1976, 2014, 2016 | 1974 |
Leicester City | 3 | 2 | 1964, 1997, 2000 | 1965, 1999 |
Arsenal | 2 | 5 | 1987, 1993 | 1968, 1969, 1988, 2007, 2011 |