Gattuso laung amaran kepada Arsenal

"Kami bukan Manchester City dan kami sedia 'berperang' dengan Arsenal". Itulah amaran yang dikeluarkan oleh pengendali AC Milan, Gennaro Ivan Gattuso.

Ketua jurulatih AC Milan, Gattuso dilaporkan sedia untuk menumpaskan Arsenal dengan cara dan gaya mereka yang boleh disifatkan 'ganas' pada saingan Liga Europa nanti.



Memetik laporan daripada Itali, Italian Football Daily yang bertajuk " We’ve got to put our helmets on and go into battle ", Gattuso melaungkan amaran tersebut ketika ditanya wartawan selepas pasukan kendalian beliau berjaya menewaskan AS Roma 2-0 semalam. 

AC Milan meneruskan rentak cemerlang dibawah Ketua Jurulatih baru mereka, Gattuso apabila berjaya menewaskan Roma selain mengekalkan rekod tanpa kalah sebanyak 12 perlawanan bagi kesemua kejohanan setakat ini.

Mereka (AC Milan) bakal berdepan dengan perlawanan sukar apabila dijadualkan bertemu dengan Lazio, Inter dan Arsenal untuk tiga perlawanan mereka yang seterusnya.
  1. Lazio vs Milan (separuh akhir Copa Italia) : 1 Mac 2018.
  2. Milan vs Inter Milan ( Serie A) : 5 Mac 2018.
  3. Milan vs Arsenal ( Liga Europa) : 9 Mac 2018.
Dan ditanya mengenai mengenai lawan yang bakal mereka hadapi pada saingan Liga Europa, ini adalah jawapan beliau “Arsenal lost today, but we are not Manchester City. We’ve got to put our helmets on and go into battle.

Namun Gattuso ketika ini lebih memikirkan dan memberi perhatian mengenai perlawanan menentang Lazio yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini sebelum memikirkan soal Arsenal.

Milan bakal berdepan tugas sukar apabila bertandang ke tempat lawan, Lazio bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Copa Italia selepas hanya mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan pada pertembungan pertama sebelum ini ditempat sendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post