Ivan Gattuso jelaskan kenapa beliau tidak mahu tandatangani kontrak baru ketika ini.

Lawan Arsenal pada peringkat 16 kumpulan terbaik dalam saingan Liga Europa, AC Milan ketika ini dikendalikan oleh bekas pemain mereka iaitu Ivan Gattusoa.

Semenjak dilantik menjadi Ketua Jurulatih AC Milan pada 27 November 2017, beliau telah mengendalikan 18 perlawanan buat AC Milan, baik bagi saingan domestik mahupun peringkat Eropah.



Dan daripada jumlah perlawanan tersebut, 11 perlawanan telah dimenangi beliau dengan empat perlawanan lagi mencatatkan keputusan seri dan hanya mengalami tiga kekalahan setakat ini.

Sebelum ini ada yang mengatakan bahawa Milan dibawah kendalian beliau masih belum bertemu dengan lawan sebenar bagi membuktikan kehebatan mereka, namun malam tadi mereka (AC Milan) berjaya menundukkan AS Roma 2-0 ditempat lawan.

Kejayaan mereka menewaskan Roma malam tadi membuktikan bahawa mereka kini bukanlah calang-calang pasukan dan mereka mampu memberi saingan serta mencabar mana-mana pasukan ketika ini.

Dan ini juga menjelaskan yang mana mereka kini dalam proses mengembalikan kegemilangan yang pernah mereka kecapi satu masa dahulu.

Ketika ini AC Milan hanya dipisahkan tujuh mata untuk berada dikedudukan keempat liga bagi menjaminkan tempat buat mereka ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.

K. Pasukan P M S K Gol:Bolos +/- Mata
1 SSC Napoli 25 21 3 1 55:15 40 66
2 Juventus 25 21 2 2 62:15 47 65
3 Lazio 26 16 4 6 64:33 31 52
4 Inter 26 14 9 3 42:21 21 51
5 AS Roma 26 15 5 6 40:21 19 50
6 Sampdoria 26 13 5 8 46:34 12 44
7 AC Milan 26 13 5 8 37:30 7 44



REKOD GATTUSO SELAKU PENGENDALI AC MILAN

Bil Tarikh H/A Lawan Keputusan
Serie A
1 03/12/2017 A Benevento Calcio 2:2
2 10/12/2017 H Bologna FC 2:1
3 17/12/2017 A Hellas Verona 0:3
4 23/12/2017 H Atalanta 0:2
5 30/12/2017 A ACF Fiorentina 1:1
6 06/01/2018 H FC Crotone 1:0
7 21/01/2018 A Cagliari Calcio 2:1
8 28/01/2018 H Lazio Roma 2:1
9 04/02/2018 A Udinese Calcio 1:1
10 10/02/2018 A SPAL 2013 Ferrara 4:0
11 18/02/2018 H Sampdoria 1:0
12 25/02/2018 A AS Roma 2:0
Liga Europa
Peringkat Kumpulan 07/12/2017 A HNK Rijeka 0:2
Round of 32 15/02/2018 A PFC Ludogorets Razgrad 3:0
Round of 32 22/02/2018 H PFC Ludogorets Razgrad 1:0
Coppa Italia
Round of 16 13/12/2017 H Hellas Verona 3:0
Suku Akhir 27/12/2017 H Inter 1:0
Separuh Akhir Pertama 31/01/2018 H Lazio 0:0

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan tersebut (menentang AS Roma), Gattuso menjelaskan mengapa beliau masih belum membuat keputusan untuk menandatangani kontrak baru bersama kelab itu.

Sebelum ini Gattuso hanya diberikan kontrak untuk melatih skuad remaja AC Milan dan dengan pemecatan Vincenzo Montella yang merupakan ketua jurulatih AC Milan, beliau (Gattuso) kini menjawat jawatan yang dikosongkan oleh Montella itu.

"Pembaharuan kontrak? Masa depan saya bergantung kepada kelab tetapi saya tidak akan menandatangani kontrak baru buat masa sekarang."

"Ia satu perkara yang saya lakukan untuk nasib (mengambil alih dari Montella) tetapi AC Milan adalah keutamaan saya pada masa hadapan."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fassone, Mirabelli dan Encik Li untuk peluang yang mereka berikan kepada saya, seperti yang saya katakan, saya suka Milan dan mereka menjadi keutamaan saya, seperti keluarga saya ... ". Jelas Gattuso kepada wartawan.

AC Milan dibawah kendalian Gattuso ketika ini telah mengekalkan 12 perlawanan tanpa kalah bagi kesemua kejohanan setakat ini.

Dan ini juga memberikan amaran kepada Arsenal yang mana mereka bakal bertemu dalam saingan Europa, 9 Mac ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post