Granit Xhaka luah perasaan melalui media sosial


Granit Xhaka guna media sosial untuk luahkan perasaan mengenai prestasi Arsenal ketika mengalami kekalahan dalam saingan Liga Europa menentang Ostersund.

Walaupun menerima kekalahan memalukan kepada kepada kelab Sweden, Ostersund (2-1) Jumaat lalu di Stadium Emirates namun Arsenal tetap  layak ke peringkat 16 pasukan terbaik bagi saingan Liga Europa musim ini.



Dan Xhaka, pemain yang dimasukkan pada separuh masa kedua dalam perlawanan tersebut yang mana Arsenal terselamat daripada dimalukan lebih teruk walaupun layak secara aggregat 4-2, mengambil peluang melalui media sosial, Instagram beliau untuk meluahkan prestasi Arsenal pada perlawanan dan saingan tersebut.

Arsenal telah diundi untuk bertemu AC Milan pada perlawanan peringkat 16 kumpulan terbaik bagi saingan Liga Europa namun sebelum perlawanan tersebut, Arsenal menghadapi satu lagi perlawanan penting dimana bakal menentang Manchester City Ahad ini (jam 12.30 malam waktu Malaysia).

Melalui laman sosial Instagram beliau, Xhaka meluahkan perasaan beliau dimana mereka kini fokus pada perlawanan Ahad nanti bertemu Manchester City disebalik kejayaan mereka layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Liga Europa.

"We know we must be much better but the main thing was to get through... Now we focus for Sunday. Let's bring the cup home together."

Arsenal menerima berita gembira dimana khidmat pemain seperti Aaron Ramsey dan Mesut Ozil mampu diturunkan pada perlawanan penting Ahad ini.

Ramsey sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan, kini pulih sepenuhnya dan khidmat beliau mampu digunakan manakala Ozil pula yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan sebelum ini turut mampu beraksi pada perlawan akhir Piala EFL menentang Manchester City.




Dalam perkembangan berkaitan Manchester City pula, Raheem Sterling yang mana telah menjaringkan 20 gol musim ini dalam kesemua kejohanan bersama City dilaporkan masih diragui untuk diturunkan pada perlawanan itu.

Dan berita tersebut diakui oleh pengendali City, Pep Guardiola yang mengatakan dimana pemain berusia 23 tahun itu bergelut dalam mengembalikan kecergasan beliau setelah mengalami kecederaan ketika menentang Basel.

Nasib sama mengenai seorang lagi pemain City, Gabriel Jesus juga turut diragui sama ada mampu beraksi ataupun tidak memandangkan pemain ini masih belum lagi membuat sebarang penampilan bagi tahun 2018 setelah mengalami kecederaan ketika bertemu Crystal Palace penghujung tahun lalu.

Dan City dijangkakan bakal menurunkan penjaga gol kedua mereka, Claudio Bravo yang mana disifatkan Guardiola sebagai watak penting dalam membawa City ke peringkat akhir kejohanan ini.
If not for Bravo we would not be in the final. He deserves to play the final. He will play. The locker room is more important. Without him, we would not be here.

Post a Comment

Previous Post Next Post