🎥 Arsenal 1-2 Östersunds FK

Arsenal menurunkan hampir kesemua pemain utama Arsenal pada pertembungan pertama menentang Östersunds FK ditempat lawan dan setelah mendapat bekalan selesa (3-0), pertembungan timbal balik (perlawanan kedua) pagi tadi menyaksikan beberapa perubahan yang dilakukan oleh Arsene Wenger.



Danny Welbeck sekali lagi diberi peluang untuk mengemudi jentera serangan Arsenal setelah ketiadaan Pierre-Emerick Aubameyang kerana tidak layak beraksi serta kecederaan yang dialami oleh Alexandre Lacazette memberikan peluang buat beliau untuk beraksi pada jentera serangan Arsenal kali ini.

Barisan pertahanan Arsenal pula pada perlawanan pagi tadi dikemudikan oleh dua pemain muda iaitu Calum Chambers dan Rob Holding (pertahanan tengah) yang bergandingan bersama Sead Kolasinac dan Hector Bellerin pada bahagian posisi (pertahanan) kiri dan kanan.

Seorang lagi pemain muda yang sedang meningkat naik, Reiss Nelson hanya bermula dibangku simpanan bersama tiga lagi pemain muda iaitu Joe Willock, Eddie Nketiah dan Matt Macey.

Manakala tiga pemain senior yang berada dibangku simpanan adalah Nacho Monreal, Shkodran Mustafi dan Granit Xhaka.

Ketiadaan Santi Cazorla yang masih dibelengu dengan kecederaan, begitu juga dengan Aaron Ramsey  dan Mesut Ozil yang turut sama dilaporkan mengalami masalah kesihatan, menyaksikan Henrikh Mkhitaryan bergandingan bersama Jack Wilshere dan Iwobi pada bahagian tengah dengan dibantu oleh Mohamed Elneny dan Ainsley Maitland-Niles.

Rekod Oestersunds beraksi ditempat lawan tidaklah begitu memberangsangkan dimana mereka mencatatkan keputusan tidak konsisten dalam tujuh perlawanan terakhir mereka ditempat lawan.

Namun beraksi di Stadium Emirates pagi tadi, mereka Oestersunds jelas tidak mengalah dengan keputusan perlawanan pertama ditempat sendiri apabila nyaris mengejutkan Arsenal dengan memenangi perlawanan ini dengan keputusan 2-1.

HIGHLIGHTS PERLAWANAN


Post a Comment

Previous Post Next Post