Kebanjiran Penghormatan Dunia Bolasepak terhadap Ryan Mason

Dunia bolasepak khususnya bolasepak Inggeris dikejutkan dengan berita persaraan Ryan Mason daripada bermain bolasepak.

Bekas pemain tengah Hull City mengesahkan keputusan beliau untuk bersara daripada arena bolasepak pada hari Selasa lalu setelah insiden yang mengakibatkan keretakan pada tengkorak beliau berlaku 13 bulan lalu ketika aksi Liga Perdana Inggeris menetang Chelsea.



Pemain berusia 26 tahun itu terlibat dalam pertembungan dengan pertahanan Chelsea, Gary Cahill pada Januari 2017 yang telah menyebabkan beliau terpaksa berehat semenjak insiden tersebut berlaku.

Insiden yang menyebabkan tengkoran Mason mengalami keretakan.
Beliau menjalani pembedahan sehari selepas 'pertembungan' kepala dengan Cahill dan beliau kini dalam proses penyembuhan - 'recovery' bakal kembali menjalani latihan bersama kelab beliau.

Mason selepas menjalani pembedahan.
Namun atas nasihat pakar, beliau terpaksa melupakan karier beliau selaku pemain bolasepak kerana faktor kesihatan dan keselamatan ekoran kecederaan yang dialaminya itu.

Dengan pengumuman pensaraan yang dibuat beliau itu, dunia bolasepak terutamanya England memberikan penghormatan dan penghargaan kepada beliau melalui laman sosial Twitter.

Petr Cech merupakan salah seorang yang memberikan penghortaman dalam kebanjiran ucapan penghargaan dan penghormatan terhadap Mason.


Post a Comment

Previous Post Next Post