Cerita Gooners Sweden

Menjelang pertembungan menentang kelab Sweden, Östersunds FK bagi saingan Liga Europa yang bakal berlangsung Jumaat ini jam 2 pagi waktu Malaysia, jom kita kenali serba sedikit peminat Arsenal di Sweden.



Arsenal pernah memiliki beberapa pemain kelahiran Sweden dan Anders Limpar merupakan pemain pertama Sweden pada era 1990an yang menyertai Arsenal iaitu pada tahun 1990 apabila dibawa masuk menyertai Arsenal daripada Cremonese (Itali) dengan nilai perpindahan berjumlah £ 1 juta.

Limpar bersama Arsenal dari tahun 1990 sehingga tahun 1994 sebelum berpindah ke Everton
Selain itu, antara pemain Sweden yang pernah beraksi bersama Arsenal adalah Stefan Schwartz, Fredrik Ljungberg,Rami Shaaban, Kristoffer Olsson dan Kim Källström.

Stefan Schwartz (1994–1995)
Rami Shaaban (2002–2004)
Kristoffer Olsson (2013–2014)
Kim Källström (2014 - pinjaman)
Namun yang pasti Ljungberg merupakan bintang Arsenal kelahiran Sweden yang paling diingati selain persembahan menakjubkan daripada beliau, fesyen rambut 'pink' turut mencuri perhatian dan sudah pasti diingati oleh peminat dan penyokong Arsenal.

Freddie Ljungberg (1998–2007)
Sedangkan kita yang tiada pemain kelahiran Malaysia beraksi bersama Arsenal turut memiliki kelab penyokong Arsenal, apatah lagi Sweden.



Dengan kehadiran pemain-pemain Sweden di Arsenal maka tidak hairanlah peminat Sweden mampu menubuhkan kelab penyokong mereka yang dikenali dengan Gooners Sweden.

Diasaskan pada tahun 2001, gabungan enam penyokong dan peminat Arsenal yang berkongsi minat dan cinta yang sama terhadap Arsenal, mereka akhirnya menubuhkan kelab penyokong Arsenal Sweden ini.

Bermula dengan sembang-sembang dilaman sesawang yang dimiliki oleh Jocke Lander dimana peminat dan penyokong Arsenal Sweden bersembang dan berbincang mengenai apa sahaja berkaitan Arsenal, mereka akhirnya menubuhkan kelab penyokong Arsenal Sweden.

Laman web Arsenal Sweden.
Namun usaha mereka bukannya mudah, bermula pada musim 2001-2002 Arsenal Sweden mula mengatur perjumpaan pertama mereka bersama penyokong Arsenal di Stockholm dan Malmo untuk menonton perlawanan diantara Arsenal menentang Southampton.

Daripada sembang-sembang dan bertukar pendapat dilaman sesawang, mereka akhirnya merealisasikan hasrat penubuhan kelab ini selepas perjumpaan diantara mereka.

Kejuaraan berganda Arsenal pada musim itu (2001/2002 - Juara Piala FA dan Juara Liga) turut menyumbang kepada peningkatan keahlian mereka dan pada Ogos 2002 (setahun selepas penubuhan kelab ini) mereka mengadakan menyuarat tahunan pertama sebagai memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Arsenal untuk pertubuhan - kelab penyokong yang sah.

Bermula dari itu kelab penyokong ini berkembang pesat namun faktor kewangan masih menjadi punca utama mereka daripada melakukan beberapa aktiviti.

Pun begitu, ianya tidak menghalang kelab itu daripada menjalankan beberapa siri projek mereka terutamanya dalam menerbit majalah yang diberi nama Kanonmagasinet (The Cannon Magazine).
Isu pertama majalah tersebut diterbitkan selepas berakhirnya musim 2002-2003 dan mengandungi laporan dari perlawanan Akhir Piala FA di Cardiff dimana Arsenal telah mengalahkan Southampton untuk muncul juara sekali lagi.

Musim 2002-2003 turut menyaksikan dimana pembukaan Arsenal Sweden web shop, kedai diatas talian bagi memudahkan urusan pembelian barangan Arsenal untuk peminat dan penyokong Arsenal di Sweden.

Kelebihan dengan wujudnya kedai secara online ini, peminat Arsenal di Sweden kini dapat memperolehi barangan ataupun 'merchandise' tanpa melalui proses ke London (urusan pembungkusan dan penghantaran).

Musim 2003-2004 menyaksikan peningkatan keahlian kelab daripada 412 menjadi 1621 selepas stesen televisyen Sweden, SVT menyiarkan dokumentari 'Hjärtat i Arsenal'  (The Arsenal heart) yang mengisahkan tentang rasa cinta dan minat seorang mengenai peminat,  Tobias Allard terhadap pasukan Arsenal FC.

Dan musim itu juga menyaksikan dimana peminat Arsenal Sweden mampu membeli tiket perlawanan yang diadakan di Emirates melalui kelab tersebut.

Lebih daripada 260 tiket berjaya dijual melalui kelab tersebut bagi musim itu dengan tiada seorang pun pemain Arsenal yang berasal daripada Sweeden beraksi bersama kelab ketika itu (Rami Shaaban dipinjamkan kepada West Ham musim ini) dan rombongan pertama kelab penyokong ini ke London adalah pada Februari musim itu yang mana melibat 75 orang menyaksikan Arsenal menewaskan Manchester City 2-1.

Musim 2004-2005 menyaksikan kemuncak kepada penubuhan kelab ini apabila mereka menyewa (chartered) sebuah pesawat untuk membawa 50 orang daripada Stockholm Arlanda ke Trondheim untuk menyaksikan perlawanan Arsenal menentang Rosenborg dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas 10 tahun penubuhan Arsenal Sweden dan pada tahun 2011, pengerusi kelab penyokong ini iaitu  Jocke Lander mengundurkan diri daripada jawatan Pengurus Operasi dengan digantikan oleh Axel Asplund sehingga kini.

Hari ini, Arsenal Sweden mempunyai lebih daripada 6,000 ahli dan kelab ini terus menguruskan perjalanan (trip to Emirates), penjualan tiket, menguruskan kedai secara atas talian serta mengekalkan pengeluaran majalah 'Kanonmagasinet' selain mengatur pertemuan di pub di seluruh Sweden untuk menonton perlawanan Arsenal.

Dan perlawanan diantara Arsenal menentang Östersunds FK bagi saingan Liga Europa Jumaat ini sudah tentu perlawanan yang amat dinanti-nantikan oleh peminat Arsenal Sweden.

Kerana bukan senang untuk mendapatkan peluang sebegini, lebih-lebih lagi tanpa perlu untuk 'travel' keluar daripada Sweden.

Artikel ini ditulis berdasarkan tulisan yang yang dikeluarkan oleh Daily Cannon, dimana pihak mereka telah menghubungi Timbalan Presiden Arsenal Sweden, Malin Hägg.

Sumber lain, Facebook : Arsenal Sweden dan serta beberapa bacaan 'online'.

Post a Comment

Previous Post Next Post