Pemain Arsenal kecewakan Wenger

Arsene Wenger sentiasa memberi peluang kepada pemain-pemain Arsenal dan beliau turut meletakkan kepercayaan beliau terhadap pemain-pemain yang diturunkan dalam setiap kali perlawanan, baik perlawanan biasa mahupun perlawanan penting.

Namun, kepercayaan dan peluang diberikan Arsene Wenger terhadap pemain-pemain beliau itu seringkali dihampakan oleh pemain-pemain tersebut dalam erti kata lain pemain-pemain tersebut sentiasa kecewakan Wenger.

Lupakan dahulu soal Wenger Out, kerana penulis pasti hampir 90% penyokong dan peminat Arsenal mahukan pengendali ini ditukarkan.

Menjadi satu yang ketara ketika ini adalah dimana Arsenal bagaikan tidak mempunyai semangat juang yang tinggi serta tidak lagi mempunyai semangat tidak mudah mengalah.

Mereka bagaikan cepat berputus asa setelah ketinggalan dan seolah-olah tidak yakin untuk bangkit mengejar dan mencabar perlawanan walaupun ketinggalan.

Arsenal kekurangan semangat juang yang ketara ketika ini.
Boleh dikatakan semangat juang pemain Arsenal ketika ini tidak berada pada tahap tertinggi dan pada perlawanan menentang City (perlawanan akhir Piala EFL), kita dapat lihat beberapa pemain yang seolah-olah hanya 'berjalan' tanpa mempunyai sikap 'urgency' bagi mencabar pihak lawan.

Mungkin Wenger bersalah kerana menurunkan pemain sebegini, namun adakah kita juga mempunyai pilihan lain selain daripada pemain-pemain yang ada ketika ini?

Pendapat ini turut dikongsikan oleh Ian Wright dalam program The Debate on Sky Sports, yang mana beliau turut mempersoalkan pemain-pemain Arsenal kerana gagal mempamerkan semangat setelah ketinggalan 2-0 kepada Manchester City dalam saingan akhir Piala EFL tempoh hari.

"Ia benar-benar menyedihkan melihat bagaimana ianya berakhir pada hari Ahad, dalam perlawanan akhir, saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan oleh mereka (pemain Arsenal) sekarang untuk membayar balik kepercayaan yang diberikan oleh pengurus itu kepada mereka. Saya fikir mereka telah mengecewakan beliau beberapa kali, dan mereka melakukannya sekali lagi pada hari Ahad lalu." jelas Ian Wright dalam debat pada program Sky Sports.

"Tidak bersemangat dan mudah berputus asa, itulah yang anda boleh rasakan terhadap pemain ketika ketinggalan 2-0, anda boleh merasakan bahawa mereka tidak yakin untuk bangkit mengejar setelah ketinggalan, dan untuk perlawanan akhir ianya sesuatu yang cukup sukar untuk ditonton. Pada pendapat  saya, mereka tidak melakukannya untuk pengurus."

"Tidak mempunyai perasaan tanggungjawab, seperti yang saya katakan dalam beberapa kali. Tidak kira mana-mana pemain beraksi, mereka seolah-olah tenggelam dalam gaya yang selesa ini, tanpa rasa bertanggungjawab."

Selain mempersoalkan pemain-pemain yang gagal membalas kepercayaan yang diberikan Wenger terhadap mereka, Wright turut menjelaskan dimana masa depan pengurus kelahiran Perancis itu mungkin berada pada musim terakhir bersama Arsenal walaupun mempunyai baki kontrak sehingga musim 2018/19.

Post a Comment

Previous Post Next Post