Bekas pemain Arsenal yang juga merupakan salah seorang lagenda kelab, Ian Wright percaya Arsenal kini perlukan pengurus baru yang lebih muda bagi menggantikan Arsene Wenger.
Kekalahan Arsenal 3-0 kepada Manchester City beberapa hari lalu menyaksikan tekanan terhadap Arsene Wenger kembali memuncak dengan rata-rata peminat mahukan pengendali tersebut berundur daripada terus memimpin pasukan pada musim depan.
Wenger yang masih mempunyai kontrak bersama Arsenal sehingga musim depan (2018/19), kini sekali lagi berdepan dengan tekanan untuk melihat beliau meninggaalkan Arsenal.
Bukan sahaja peminat dan penyokong Arsenal, malahan bekas pemain Arsenal iaitu Ian Wright turut mahukan Arsenal dikendalian oleh pengurus baru bagi menggembalikan zaman kegemilangan Arsenal.
Ian Wright beraksi bersama Arsenal dari tahun 1991 sehingga tahun 1998 dan dianggap lagenda kelab namun ketika mewakili Arsenal dibawah kendalian Wenger, beliau terpaksa bersaing serta bergelut dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama Arsenal pada musim kedua Wenger mengendalikan kelab itu.
Bukan sahaja peminat dan penyokong Arsenal, malahan bekas pemain Arsenal iaitu Ian Wright turut mahukan Arsenal dikendalian oleh pengurus baru bagi menggembalikan zaman kegemilangan Arsenal.
Ian Wright beraksi bersama Arsenal dari tahun 1991 sehingga tahun 1998 dan dianggap lagenda kelab namun ketika mewakili Arsenal dibawah kendalian Wenger, beliau terpaksa bersaing serta bergelut dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama Arsenal pada musim kedua Wenger mengendalikan kelab itu.
![]() |
Ian Wright mahukan pengurus muda seperti Pochettino sebagai pengganti Wenger. |
![]() |
Wright mahukan Arsenal mencari pengurus seperti Pochettino yang masih muda. |
Namun Arsenal terselamat daripada dimalukan setelah layak ke pusingan 16 pasukan terbaik secara aggregate 4-2.
Selain itu, Arsenal kini ketinggalan 27 mata dengan Manchester City, selaku pendahulu liga dan 10 mata dibezakan dengan Spurs yang kini berada ditangga keempat liga.
Wright yang bercakap kepada BBC Radio 5, menjelaskan tiada sebab mengapa Arsene Wenger harus berada bersama kelab pada musim depan sambil berharap Arsenal mampu kembali bersaing.
Beliau turut mendakwa ketika ini terdapat beberapa pemain yang mengambil sikap sambil lewa (bermain tidak bersungguh-sungguh) dan tindakan Stan Kroenke yang tidak mempedulikan situasi ini memburukkan lagi keadaan.
Kekecewaan Ian Wright dijelaskan lagi oleh beliau pada temubual tersebut apabila mendakwa kebanyakkan kelab ketika ini berusaha untuk menjadi lebih baik dengan dapat dilihat mereka berusaha bersaing merebut tempat 'top 5' liga manakala Arsenal pula berada dalam situasi terbalik (kebelakang).
The club need to start looking for somebody who is not old. They are talking about Ancelotti, but they need to find the next one like Mauricio Pochettino, who built his way up. - Wright via BBC.
Wright yang tidak berpuas hati dengan situasi Arsenal ketika ini turut mempertikai tindakan pemilik kelab, Stan Kroenke yang dianggap beliau tidak mempedulikan kelab dengan mengatakan :
"Pemilik kelab harus dipersalahkan, Kroenke langsung tidak mengambil tahu. Jika beliau mengambil berat, sudah pasti Wenger tidak akan diberikan kontrak lanjutan (dua tahun)."
"Semua orang boleh mula melihat bahawa ianya sudah sampai ke tahap dimana Wenger perlu pergi. Pemilik mesti berada di sini, mengetahui apa yang sedang berlaku, apa yang akan kita lakukan, dimana harus dan patut kita berada serta memahami apa yang peminat dan penyokong mahukan daripada kita."