🎥 Theo Walcott mengganas.

Bekas pemain Arsenal, Theo Walcott 'mengganas' pada aksi kedua beliau bersama skuad Everton.

Walcott, 28 tahun menyertai Everton pada 17 Januari lalu dan aksi sulung beliau bersama kelab tersebut dianggap cemerlang apabila berjaya menghasilkan satu bantuan gol kepada Oumar Niasse untuk membantu Everton mengikat perlawanan dengan keputusan seri 1-1 ketika menentang West Brom pada 20 Januari lalu.



Dan lewat pagi tadi, Walcott terus cemerlang bersama Everton apabila berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu Everton menewaskan Leicester City 2-1.

Perkembangan ini tentu menggembirakan peminat-peminat beliau dan mungkin sesetengah peminat Arsenal, namun jika dilihat dari sudut lain ianya mungkin meresahkan sedikit buat skuad Arsenal ketika ini kerana perlawanan seterusnya Arsenal adalah menentang Everton yang dijadualkan pada 4 Febuari ini (jam 1.30 pagi waktu Malaysia).

Highlights perlawanan Everton vs Leicester City



Post a Comment

Previous Post Next Post