Ozil setuju sambung kontrak dan bakal menamatkan zaman bujang beliau

Mesut Ozil dilaporkan bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

Bild melaporkan dimana pemain kebangsaan Jerman ini bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal serta bakal melangsungkan perkahwinan beliau bersama tunangnya iaitu Amine Gulse.



Setelah ketiadaan Sanchez, perkembangan ini (mengenai kontrak Ozil) sudah pasti merisaukan peminat Arsenal dengan khabar angin kuat mengatakan bahawa pemain ini bakal kembali kepada pengurus lama beliau ketika di Real Madrid, Jose Mourinho yang kini mengendalikan Manchester United.

Namun dengan pendedahan media Jerman itu (diharapkan ianya adalah benar) sudah pasti ianya bakal menggembirakan penyokong dan peminat Arsenal setelah kehadiran Mkhitaryan yang bertukar kelab dengan Sanchez serta Aubameyang kini secara sah menjadi milik Arsenal, ianya dilihat mampu memperkukuhkan skuad Arsenal.


Dan perkembangan ini juga sudah tentu menarik kerana kita semua pasti tidak sabar untuk melihat gandingan Ozil, Mkhitaryan, Aubameyang dan juga Lacazette.

Manakala menurut laporan Daily Mail, kehadiran Aubameyang merupakan punca mengapa Ozil membuat keputusan untuk kekal bersama Arsenal setelah pemain tersebut dikatakan berjaya memujuk Ozil untuk kekal bersama Arsenal.

Dengan perpindahan Aubameyang menyertai Arsenal ini yang mana nilai perpindahan beliau dianggarkan sekitar £55 juta, ianya turut menyaksikan dimana penyerang Perancis, Olivier Giroud bakal dilepaskan Arsenal.

Chelsea dilaporkan sedia membawa Giroud ke Stamford Bridge dengan nilai perpindahan dianggarkan sekitar £18 yang mana turut dilaporkan telah pun dipersetujui oleh Arsenal (dan mungkin terdapat pemain yang ditukarkan).

Maka berakhirnya 'percintaan tiga segi' yang melibatkan Arsenal, Dortmund dan Chelsea yang mana sebelum ini dilaporkan Dortmund hanya akan melepaskan Aubameyang jika mereka berjaya mendapat pengganti kepada penyerang tersebut (dengan mensasarkan Michy Batshuayi daripada Chelsea) dan Arsenal hanya akan melepaskan Giroud kepada Chelsea jika berjaya mendapatkan Aubameyang.

Manakal Chelsea hanya akan melepaskan Batshuayi jika mereka berjaya mendapatkan Giroud.

Perpindahan merumitkan melibatkan 3 kelab.
 Dan mengakhiri laporan ini, Ozil dikatakan bakal mengahwini tunangannya, Amine Gulse setelah berakhirnya kejohanan Piala Dunia 2018 Rusia.


A post shared by Amine Gülşe (@gulseamine) on


Kemaskini : Ozil sah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal sehingga tahun 2021 dengan gaji sebelum cukai sebanyak £350k seminggu sebelum cukai.



#YaGunnersYa

Post a Comment

Previous Post Next Post