Wenger tidak layan Deeney

Arsenal bakal menghadapi Watford untuk kali pertama semenjak Troy Deeney mempersoalkan keinginan skuad Arsenal dengan melabelkan 'tiada telur' - 'cojones', namun kritikan tersebut tidak mengganggu Arsene Wenger.



Arsene Wenger tidak mempunyai sebarang mesej untuk kapten Watford, Troy Deeney menjelang pertembungan Liga Perdana Ahad ini di Emirates sambil menegaskan beliau akan menjadi 'gila' jika melayan dan memberi respons kepada setiap kritikan yang dilontarkan kepada beliau dan Arsenal.

Pada perlawanan terdahulu di  Vicarage Road (Oktober 2017),  Deeney menjaringkan gol penyamaan hasil daripada sepakan penalti sebelum Tom Cleverley menjaringkan gol kemenangan Watford pada perlawanan yang berkesudahan Watford menewaskan Arsenal dengan jaringan 2-1.

Dan pada temubual selepas perlawanan tersebut, Deeney telah melabelkan pemain-pemain Arsenal tidak mempunyai telur ataupun cojones.

Prestasi tidak menentu Arsenal ketika ini selepas mengalami empat kali kekalahan secara berturut-turut mencetuskan kembali tekanan terhadap pengendali Arsenal itu namun kemenangan 2-0 pada perlawanan menentang AC Milan beberapa hari lalu menceriakan kembali kem Arsenal termasuklah penyokong dan peminat Arsenal.

Arsene Wenger ketika ditanya oleh wartawan mengenai komen dan kritikan yang dilontarkan oleh kapten Watford itu kepada pasukan kendalian beliau, menegaskan bahawa ketika ini lebih banyak perkara yang perlu difikirkan selain melayani mulut celupar Deeney.
"You think I haven't had enough controversy in the last few weeks? You want me to add some more?"- Arsene Wenger via Yahoo Sports.
"Apa yang dapat kita lakukan, seperti biasa, memberikan respon ketika beraksi dipadang dengan mempamerkan aksi terbaik kami tanpa mempedulikan apa yang dikatakan orang."

"Anda perlu faham jika saya memberi respon kepada setiap kenyataan, saya akan menjadi gila dan sememangnya saya marah,mungkin, tetapi saya akan menjadi lebih gila."

Ditanya sama ada Deeney akan menyediakan text ucapan yang sempurna pada sidang media sebelum perlawanan, Wenger kekal dengan fokus beliau dalam persiapan menghadapi pasukan bimbingan Javi Gracia Ahad ini dilaman sendiri.

"Pertama sekali, apa yang penting adalah untuk meraih kemenangan demi kemenangan, untuk meningkatkan kenyakinan lagi. Bagi kami itu adalah perkara yang paling penting," jelas Wenger.

"Lebih baik anda memberi tumpuan kepada cara anda bermain  daripada mendengar apa yang dikatakan orang."

"Penilaian adalah penilaian, kita harus memberi tumpuan kepada kualiti permainan kami. Saya mahukan permainan yang mana ianya tidak seburuk diperkatakan orang."

"Benar, kita perlu hidup dengan kritikan tersebut. Saya mempunyai tanggungjawab untuk memenangi perlawanan bolasepak dan jika saya tidak menerima kritikan."



Sumber: Yahoo Sports

Post a Comment

Previous Post Next Post