Héctor Bellerín kejutkan peminat cilik

Héctor Bellerín membuat kejutan kepada peminat cilik Arsenal apabila mengunjungi rumah ibubapa peminat tersebut.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Itulah perasaan yang dialami oleh peminat muda Arsenal apabila Bellerin mengunjungi rumah beliau.



Disember lalu, Héctor Bellerín memuatnaik status dengan gambar seorang gadis kecil yang memegang sepanduk di Selhurst Park pada laman sosial Twitter beliau dan meminta bantuan peminat untuk mencari maklumat mengenai peminat cilik itu.

Sepanduk yang berbunyi atau tertera 'Bellerín, I Love You' berjaya mencuri perhatian pemain pertahanan kanan Arsenal ini untuk bertindak balas ataupun memberi respon kepada peminat itu.
Bellerin akhirnya berjaya menjumpai maklumat mengenai peminat cilik itu yang dikenali dengan Claudia hasil bantuan peminat dan pengikut media sosial beliau.
Dan Bellerin juga berjaya bercakap dan mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa Claudia sebelum mengejutkan mereka pada perjumpaan tersebut.
Pemain pertahanan kanan Arsenal itu selain memberi kejutan dengan mengunjungi Claudia, beliau turut memberinya jersi yang dipakai beliau pada perlawanan menentang Crystal Palace dan juga memberi jersi lain kepada adik Claudia, Austin.

Pada perjumpaan tersebut, Bellerín turut menerima hadiah daripada peminat cilik itu berupa kad Valentine.




Selain itu, peminat juga mencadangkan agar Bellerin turut mengunjungi seorang lagi peminat cilik bagi menceriakan peminat tersebut setelah tersebar gambar peminat itu yang nyata tidak dapat menahan kecewaan serta menangis ketika menyaksikan perlawanan Arsenal.


Post a Comment

Previous Post Next Post