Arsenal masih boleh diselamatkan musim ini.

Arsene Wenger percaya musim buruk Arsenal (musim ini) mampu diselamatkan dengan kejayaan dalam saingan Liga Europa.



Menjelang pertembungan menentang CSKA Moscow lewat pagi esok (jam 3.05 pagi) waktu Malaysia, Arsenal dilihat memiliki kelebihan setelah memenangi perlawanan pertama ditempat sendiri dengan keputusan 4-1.

Namun bekalan tersebut bukanlah satu jaminan selesa buat Arsenal memandangkan kisah Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) yang memiliki kelebihan selesa tersungkur pada perlawanan kedua ditempat lawan.

Kekalahan Barcelona itu menyaksikan mereka tersingkir dan gagal mara ke peringkat separuh akhir UCL musim ini.


Selain perlu mengelakkan peristiwa yang melanda Barcelona itu menimpa keatas Arsenal, peluang ini juga merupakan peluang terbaik buat Arsenal untuk layak peringkat separuh akhir buat kali pertama diperingkat ataupun saingan Eropah selepas kali terakhir layak (beraksi) diperingkat separuh akhir adalah pada tahun (musim) 2008/09 (saingan Liga Juara-Juara Eropah).

Dengan kedudukan liga ketika ini agak sukar buat Arsenal untuk merebut slot ke saingan UCL musim hadapan, peluang ini merupakan satu-satunya cara untuk memastikan Arsenal mampu beraksi di UCL musim (dengan menjuarai Liga Europa).


Memetik kata-kata Wenger pada sidang media menjelang pertembungan ini, beliau mengakui bahawa Arsenal kini memberikan tumpuan dan keutamaan terhadap saingan Liga Europa yang mampu menyelamatkan Arsenal daripada mengalami musim buruk kali ini.


"Liga Europa amat penting buat kami dan semua orang tahu mengenai itu," jelas Wenger.

"Kami berada di peringkat dimana kami menumpukan perhatian sepenuhnya kerana dalam Liga Perdana, kami mempunyai peluang yang sangat...sangat tipis untuk menamatkan dikelompok terbaik."

"Liga Europa adalah salah satu sasaran besar musim ini."

Kejutan pada saingan UCL malam tadi dan sebelum ini menyaksikan Barcelona tersingkir selain kebangkitan Juventus yang hampir-hampir menyingkir Real Madrid walaupun kedua-dua pasukan tersebut (Barcelona dan Real Madrid) mempunyai bekalan selesa (tiga gol) seakan-akan memberi amaran kepada Arsenal dan Wenger dalam menghadapi perlawanan pagi esok.
We know it's an important target for us to go as far as possible... last night was maybe a good warning for us. - Arsene Wenger.
Dengan krisis yang melanda Britain dan Rusia ketika ini, Wenger tetap yakin bahawa perlawanan pagi esok bakal berlangsung dengan harmoni tanpa melibatkan sentimen politik diantara kedua-dua negara itu.

Beliau juga yakin kejohanan Piala Dunia nanti turut berlangsung dengan harmoni sebagaimana kejohanan tersebut dianjurkan oleh negara-negara lain sebelum ini.
Sport can always play a positive role in life and between countries. That is why football is a good opportunity to facilitate relations. I am convinced that this game will be absolutely normal and the World Cup will be perfectly well organised. I have no problem about that. But maybe sport will have a more active role during this period than ever. - Arsene Wenger.

Post a Comment

Previous Post Next Post