![]() |
Kredit gambar : Soccer Soul |
Laporan daripada Sepanyol mengatakan bahawa Arsenal berminat untuk mendapatkan pemain tengah Atletico Madrid, Saul Ñiguez (23 tahun).
Menurut laporan AS, Arsenal dilaporkan telah beberapa kali cuba untuk mendapatkan Niguez namun gagal kerana pemain ini dikatakan setia bersama Atletico Madrid.
The Arsenal has been interested in the situation of Saul - AS
Laporan itu juga mengatakan dimana Arsenal telah berhubung dengan pemain tersebut dan juga ejennya namun perpindahan ini, untuk membawa Niguez ke Emirates musim depan dilihat begitu mustahil.
Ini kerana kontrak Niguez bersama Atletico hanya bakal berakhir pada tahun 2026 dengan klausa pelepasan berjumlah sebanyak € 150 juta.
Selain media Sepanyol, media UK seperti Mirror, The Sun dan Metro (sekadar menamakan beberapa media UK sahaja) turut melaporkan gosip perpindahan yang mengaitkan Arsenal dengan pemain tengah Atletico Madrid ini.
Arsenal 'enquire about Atletico Madrid midfielder Saul Niguez' as Gunners prepare for summer strengthening - Mirror
Siapa Saul Niguez?
![]() |
Kredit gambar : Daily Mirror |
Namun bakat dan kebolehan beliau mula terselah apabila menyertai Atletico Madrid pada tahun 2008 dan sehingga kini beliau membuat 188 penampilan bersama kelab itu dalam saingan La Liga serta berjaya menjaringkan 27 gol.
Beraksi pada posisi tengah (central midfield), beliau juga mampu bermain pada sayap kanan dan juga kiri serta beberapa posisi lain.
Pada tahun 2016, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Sepanyol dan hingga ke saat ini beliau telah membuat sembilan penampilan dipentas antarabangsa bersama skuad Sepanyol itu tanpa sebarang gol berjaya direkodkan.
Rekod musim ini bersama Atletico Madrid.
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
LaLiga | 30 | 2 | 4 |
Champions League | 6 | 1 | - |
Europa League | 5 | 3 | 1 |
Copa del Rey | 5 | - | - |
Jumlah | 46 | 6 | 5 |
Rekod penampilan mengikut posisi yang diturunkan (dimainkan).
Posisi | Penampilan | Jaringan | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Central Midfield | 25 | 3 | 2 |
Right Midfield | 15 | 2 | 2 |
Left Midfield | 4 | - | 1 |
Defensive Midfield | 1 | 1 | - |
Left-Back | 1 | - | - |
JUMLAH | 46 | 6 | 5 |
Reaksi MyGooners
Jika melihat kepada posisi pemain tersebut yang mampu beraksi pada pelbagai posisi, ianya seolah-olah pemain yang digemari oleh Arsene Wenger.
Dan tidak mustahil untuk dikatakan Wenger berminat dengan pemain muda ini.
Namun apabila melihat kepada nilai pemain ini jika Arsenal terpaksa menebus kontrak pemain tersebut dengan nilai €150 juta (£130 juta), ianya adalah sesuatu yang mustahil buat Arsenal dan Wenger mengeluarkan sejumlah besar wang bagi pemain ini.
Setakat ini pihak Atletico Madrid tidak berhasrat untuk melepaskan pemain ini dan nilai pasaran pemain ini dianggarkan bernilai (berjumlah) sekitar €63 juta (£54 juta).
Dan tidak mustahil untuk dikatakan Wenger berminat dengan pemain muda ini.
Namun apabila melihat kepada nilai pemain ini jika Arsenal terpaksa menebus kontrak pemain tersebut dengan nilai €150 juta (£130 juta), ianya adalah sesuatu yang mustahil buat Arsenal dan Wenger mengeluarkan sejumlah besar wang bagi pemain ini.
Setakat ini pihak Atletico Madrid tidak berhasrat untuk melepaskan pemain ini dan nilai pasaran pemain ini dianggarkan bernilai (berjumlah) sekitar €63 juta (£54 juta).