![]() |
Arsenal bakal berdepan Atletico Madrid Jumaat ini, jam 3.05 pagi waktu Malaysia. Kredit gambar : Europa |
Prestasi Arsenal musim ini tidaklah begitu memberangsangkan terutamanya dalam saingan liga, namun mereka berjaya mempersembahkan sesuatu yang menarik dalam saingan Liga Europa.
Manakala lawan Arsenal diperingkat separuh akhir, Atletico Madrid pula dilihat cukup cemerlang dalam saingan domestik mereka apabila menghuni tangga kedua liga ketika ini (dibawah Barcelona yang merupakan pendahulu liga dan diatas Real Madrid yang menghuni tangga ketiga liga).
Pun begitu bagi saingan Eropah, Atletico bermula agak lemah dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) apabila terkandas diperingat kumpulan (sekadar menghuni tangga ketiga kumpulan C) yang menyaksikan mereka kemudiannya terpaksa beraksi di Liga Europa.
Prestasi Atletico di UCL
# | Pasukan | P | M | S | K | J | B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Roma | 6 | 3 | 2 | 1 | 9 | 6 | +3 | 11 |
2 | Chelsea | 6 | 3 | 2 | 1 | 16 | 8 | +8 | 11 |
3 | Atlético Madrid | 6 | 1 | 4 | 1 | 5 | 4 | +1 | 7 |
4 | Qarabağ | 6 | 0 | 2 | 4 | 2 | 14 | −12 | 2 |
Namun apabila beraksi di Liga Europa, mereka seakan-akan mula mengganas apabila membelasah pasukan Copenhagen 5-1 secara aggregate diperingkat pusingan 32 dan membelasah Lokomotiv Moscow 8-1 secara aggregate diperingkat pusingan 16.
Prestasi Atletico setakat ini dalam Europa
Pusingan | Venue | Lawan | Keputusan | Catatan |
---|---|---|---|---|
Round of 32 | A | FC København | 1-4 | Menang |
Round of 32 | H | FC København | 1-0 | Menang |
Round of 16 | H | Lokomotiv Moskva | 3-0 | Menang |
Round of 16 | A | Lokomotiv Moskva | 1-5 | Menang |
Suku Akhir | H | Sporting CP | 2-0 | Menang |
Suku Akhir | A | Sporting CP | 1-0 | Kalah |
Namun prestasi mereka dalam perlawanan peringkat suku akhir tidaklah begitu 'mengancam' sebagaimana pada aksi pada dua peringkat sebelum itu.
Bertemu Sporting, mereka hanya mampu mencatatkan kemenangan ditempat sendiri selain gagal menjaringkan sebarang gol pada pertemuan kedua ditempat lawan.
Jangkaan kesebelasan utama kedua-dua pasukan:
Arsenal terpaksa melupakan khidmat pemain kebangsaan Armenia, Henrikh Mkhitaryan ekoran kecederaan yang dialami pemain tersebut.
Dan ketiadaan pemain tersebut memberi peluang kepada Welbeck ataupun Iwobi untuk membantu Lacazette dan juga Ozil pada jentera serangan Arsenal.
Manakala Atletico Madrid pula sebelum ini dikatakan terpaksa melupakan khidmat penyerang Diego Costa pada perlawanan ini namun mengikut laporan terkini, pemain tersebut berada dalam senarai skuad kendalian Diego Simeone yang berlepas ke London.
Dijangkakan bahawa pemain ini bakal diturunkan dan digandingkan bersama Griezmann pada jentera serangan mereka.
Berikut adalah ramalah kesebelasan utama kedua-dua pasukan ini:
![]() |
Jangkaan kesebelasan utama Arsenal |
![]() |
Jangkaan kesebelasan utama Atletico Madrid |
Pemain tumpuan:
![]() |
Griezman dan Ozil bakal menjadi pemain tumpuan pada perlawanan Jumaat nanti. Kredit gambar : TEAMtalk |
Mesut Özil mempunyai kelebihan dalam membuat hantaran yang mampu mencipta gol buat Arsenal dimana pada perlawanan menentang CSKA Moscow ditempat sendiri (Stadium Emirates) beliau telah menghasilkan tiga bantuan gol.
Dan bulan lalu, beliau turut mencipta rekod baru dalam Liga Perdana Inggeris apabila berjaya mencipta 50 bantuan gol terpantas dalam penampilan paling sedikit dalam saingan liga.
Pemain | Perlawanan |
---|---|
Mesut Ozil | 141 |
Eric Cantona | 143 |
Dennis Bergkamp | 146 |
Cesc Fabregas | 165 |
David Silva | 166 |
David Beckham | 170 |
Thierry Henry | 174 |
Manakala rekod keseluruhan beliau pula setakat ini dalam keseluruhan pertandingaan bersama Arsenal dan juga kelab-kelab sebelum ini, beliau telah menghasilkan lebih 200 bantuan gol dalam 500 penampilan.
Pasukan / Kelab | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Arsenal | 194 | 37 | 71 |
Real Madrid | 159 | 27 | 81 |
Werder Bremen | 108 | 16 | 54 |
Schalke 04 | 39 | 1 | 5 |
JUMLAH | 500 | 81 | 211 |
Bagi pemain tumpuan untuk pasukan Atletico Madrid, Antoine Griezmann, beliau akhir-akhir ini dilihat semakin berbisa dalam menjaringkan gol apabila berjaya menjaringkan 14 gol dalam saingan La Liga setelah memasuki tahun baru (2018).
Bagi saingan liga musim ini pada tahun 2017, beliau hanya berjaya menjaringkan lima gol sahaja dalam 14 penampilan liga.
Saingan 2017/18 | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
LaLiga | 30 | 19 | 8 |
UEFA Champions League | 6 | 2 | 2 |
Europa League | 5 | 3 | 3 |
Copa del Rey | 3 | 2 | - |
JUMLAH | 44 | 26 | 13 |
Rekod keseluruhan penampilan beliau:
Pasukan / Kelab | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Atlético Madrid | 204 | 109 | 38 |
Real Sociedad | 202 | 52 | 18 |
JUMLAH | 406 | 161 | 56 |
Namun, Aaron Ramsey juga mampu mencipta kejutan dalam perlawanan ini. Peranan dan sumbangan beliau dalam aksi-aksi terkini Arsenal juga tidak dapat dinafikan apabila menjaringkan tiga gol bagi dua perlawanan terakhir Liga Europa (menentang CSKA Moscow - home dan away) dan berjaya menjaringkan satu gol serta satu bantuan gol dalam aksi terkini saingan Liga Perdana Inggeris (menentang West Ham).
Kekuatan pasukan:
Jika melihat kepada pencapaian liga, Arsenal dilihat lebih berbisa dari segi jaringan gol apabila berjaya menjaring 66 gol setakat ini manakala Atletico pula hanya berjaya menjaringkan 54 gol dalam 34 perlawanan liga masing-masing.
Namun secara keseluruhan, Atletico Madrid dilihat mengatasi Arsenal dalam peratusan kemenangan (rujuk jadual dibawah):
Rekod keseluruhan Arsenal musim ini (setakat ini).
Saingan | P | M | S | K | J | B | +/- | % Kemenangan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Premier League | 34 | 17 | 6 | 11 | 66 | 46 | +20 | 50.00 |
FA Cup | 1 | 0 | 0 | 1 | 2 | 4 | −2 | 0.00 |
EFL Cup | 6 | 4 | 1 | 1 | 6 | 5 | +1 | 66.67 |
Europa League | 12 | 8 | 2 | 2 | 29 | 10 | +19 | 66.67 |
Community Shield | 1 | 0 | 1 | 0 | 1 | 1 | +0 | 0.00 |
JUMLAH | 54 | 29 | 10 | 15 | 104 | 66 | +38 | 53.70 |
Rekod keseluruhan Atletico Madrid musim ini (setakat ini).
Saingan | P | M | S | K | J | B | +/- | % Kemenangan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
La Liga | 34 | 21 | 9 | 4 | 54 | 18 | +36 | 61.76 |
Copa del Rey | 6 | 3 | 1 | 2 | 13 | 6 | +7 | 50.00 |
Champions League | 6 | 1 | 4 | 1 | 5 | 4 | +1 | 16.67 |
Europa League | 6 | 5 | 0 | 1 | 15 | 2 | +13 | 83.33 |
JUMLAH | 52 | 30 | 14 | 8 | 87 | 30 | +57 | 57.69 |
Begitu pun rekod Arsenal apabila beraksi ataupun bermain ditempat sendiri mampu memberi sedikit kelebihan dengan rekod (saingan liga) Arsenal berjaya mencatatkan 77.8% kemenangan dan rekod Atletico pula apabila beraksi di tempat lawan hanya sekadar 60%.
Pasukan | M | S | K | J | B | +/- | % Kemenangan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Arsenal - Home | 14 | 2 | 2 | 49 | 20 | +29 | 77.8 |
Atletico - Away | 9 | 4 | 4 | 26 | 14 | +12 | 60 |
Kelemahan pasukan:
Melihat kepada data-data diatas, kelemahan utama Arsenal boleh dikatakan tertumpu kepada barisan pertahanan mereka manakala Atletico pula dilihat mengalami sedikit kekurangan kepada pemain berpengalaman (squad depth) dalam menghadapi saingan ini.Keseluruhan
Kebangkitan Griezman turut menyumbang kebangkitan Atletico dan kemasukan Costa pada Januari 2018 turut membantu kebangkitan Griezman dan pasukan itu (Atletico hanya mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan bagi tiga aksi terakhir La Liga mereka tanpa kelibat Costa yang mengalami kecederaan).Dan rekod Costa musim ini bersama Atletico dengan 12 penampilan (setakat ini), beliau telah berjaya membawa Atletico mencapai 8 kemenangan, dua seri dan dua kekalahan.
Top 3 Penjaring Terbanyak Setiap Pasukan:
Arsenal
Pemain | Penampilan | Jaringan |
---|---|---|
Alexandre Lacazette | 35 | 15 |
Aaron Ramsey | 27 | 11 |
Danny Welbeck | 37 | 10 |
JUMLAH | 36 |
Atletico
Pemain | Penampilan | Jaringan |
---|---|---|
Antoine Griezmann | 44 | 26 |
Kévin Gameiro | 32 | 10 |
Ángel Correa | 50 | 9 |
JUMLAH | 45 |
Manakala Arsenal pula, sudah tentu mahu terus mencipta kejayaan bagi memberi 'hadiah' terakhir buat Arsene Wenger yang bakal mengundurkan diri musim depan.
Dan ini juga mampu memberi semangat tambahan buat pemain-pemain Arsenal dalam memburu kemenangan dan trofi kejayaan.
Penulis merasakan Arsenal lebih kepada aksi berpasukan dan jika mereka gagal dalam membentuk permainan (secara keseluruhan) terutama pada bahagian pertahanan, sudah pasti mereka bakal dihukum oleh jentera serangan Atletico.
Dan jika Arsenal mampu mengekang serangan Atletico, dan barisan pertahanan Arsenal termasuklah pemain tengah (defensive midfielder) mampu mengerakkan atau mencipta 'built up' Arsenal, sudah pasti Atletico bakal dihukum.
Tidak keterlaluan buat penulis untuk mengatakan punca kemenangan dan kekalahan Arsenal terletak pada barisan pertahanan dan tengah Arsenal pada pertemuan pagi esok.
Ramalan penulis, Arsenal 3 - 0 Atletico Madrid.
Sumber: Premier League, UEFA, La Liga