Dua hari yang lalu kita semua dikejutkan dengan laporan yang mengatakan bahawa Arsenal hanya akan memperuntukan sebanyak £50 juta sahaja dalam jendela perpindahan musim panas nanti.
Dan perkembangan tersebut turut dikatakan bakal memberi tekanan buat pengendali baru Arsenal dalam membentuk dan menghasilkan sebuah pasukan yang mantap musim depan (baca: Tugas 'gila' pengurus baru Arsenal).
Namun hari ini, penulis tertarik dengan status seorang penulis bebas iaitu Chris Davison yang mendakwa bahawa beliau sendiri telah menghubungi Pengarah Komunikasi Arsenal, Mark Gonnella bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu peruntukan 50 juta yang dilaporkan oleh kebanyakkan media.
![]() |
Pengarah Komunikasi Arsenal, Mark Gonnella. Kredit gambar: Twitter |
Dan menurut beliau (setelah menerima maklum balas Gonnella), ianya adalah spekulasi semata-mata dan peruntukan tersebut tidak pernah dibincangkan oleh pihak pengurusan.
Bagi penulis, jika mereka ada berbincang sekalipun, belum pasti mereka akan mendedahkan kepada umum memandangkan tugas utama (paling mustahak) ketika ini adalah untuk mendapatkan pengganti Arsene Wenger.
Berikut adalah status Chris Davison yang diterbit pada laman sosial Twitter beliau:
#AFC Exclusive | After contacting Communications Director Mark Gonnella and asking him about the recent reports about a limited transfer budget, he has now replied...— Chris Davison (@c11davison) April 25, 2018
As I thought, it's "all speculation". pic.twitter.com/a6QK4zcbtd
Walaupun ianya dilaporkan oleh penulis bebas, namun adakah kita tidak boleh mempercayainya?
#AFC | I have today contacted the club for comment on reports suggesting it has a limited amount of funds to strengthen the squad.— Chris Davison (@c11davison) April 24, 2018
From my understanding, the reports are not accurate but thought I would try and get reassurance for the supporters. pic.twitter.com/PE5O1OhNwn