Bagaimana pengganti Arsene Wenger menggunakan pemain sedia ada dan formasi yang bakal digunakan

Kredit : The Telegraph

Satu artikel yang menarik daripada The Telegraph yang menceritakan bagaimana pengganti Arsene Wenger mampu menggunakan pemain sedia ada Arsenal berserta formasi yang bakal digunakan oleh mereka.



Berikut adalah laporan yang diterbit oleh The Telegraph mengenai calon-calon yang dikatakan bakal menggantikan Arsene Wenger berserta formasi yang bakal digunakan mereka (MyGooners sekadar meringkaskan laporan panjang tersebut seringkas mungkin).

Kredit gambar : Grantland
Luis Enrique, 47 tahun (direct, counter-attacking 4-3-3).

Bekas pengendali Barcelona ini gemar mengamalkan corak permainan dengan gaya 'short passing'  termasuklah gemar mengarahkan pasukan beliau melakukan serangan balas - counter attack dalam formasi 4-3-3 ketika membawa kelab tersebut menjuarai lapan kejuaraan utama sepanjang era beliau dari tahun 2014 hingga 2017.

Gambaran bagaimana Enrique bakal menggunakan pemain Arsenal.
Dengan pemain sedia ada Arsenal ketika ini, beliau tidak menghadapi masalah dalam membentuk formasi kegemaran beliau dengan meletakkan jentera serangan yang diketuai oleh Aubameyang dengan dibantu oleh Lacazette dan Ozil.

Cuma, kesimbangan bahagian tengah dan kekurangan pemain berkualiti pada barisan pertahan selain penjaga gol menjadi masalah buat beliau.

Aaron Ramsey dan Jack Wilshere gagal berfungi dengan baik selaku pemain box to box sebagaimana pemain yang pernah beliau miliki ketika berada di Barcelona seperti Ivan Rakitić  dan kekurangan pemain defensive midfielder berbakat seperti Sergio Busquets menyebabkan beliau terpaksa memikirkan ataupun menyerahkan tugas tersebut kepada Mislintat untuk mendapatkan pemain yang diperlukan beliau dengan segera bagi membentuk gandingan tengah yang mantap bersama Mkhitryan bersama Ramsey.

Dan pada bahagian pertahanan pula, beliau juga memerlukan seorang lagi pertahanan baru bagi menggantikan Mustafi yang dilihat tidak begitu konsisten (berdasarkan laporan tersebut) untuk bergandingan bersama Koscielny dan juga pengganti kepada Petr Cech yang mana Cech kini bukanlah lagi Petr Cech dahulu.



Kredit gambar : FourFourTwo
Mikel Arteta, 36 tahun (fluid, control-based 4-3-3).

Walaupun sukar untuk mengagak corak dan kelebihan Arteta selaku pengendali pasukan memandangkan beliau masih belum bergelar pengurus lagi, namun mengambil kira beliau ketika berguru dengan Pep Guardiola; laporan itu mengandaikan seperti berikut dimana Arteta bakal menggunakan formasi yang hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh pengendali Manchester City itu  dengan 4-3-3.


Tidak seperti Enrique yang dapat menggunakan pemain sedia ada Arsenal pada jentera serangan, Arteta menurut laporan tersebut mengalami masalah dalam meletakkan pemain pada jentera serangan yang diterajui oleh Aubameyang dengan dibantu oleh Ozil dan seorang pemain penyerang baru.

Selain memerlukan seorang pemain tengah baru untuk digandingkan bersama Ramsey dan Wilshere serta seorang pertahanan baru untuk bergandingan bersama Koscielny.


Diego Simeone, 47 tahun (structured, defensive 4-4-1-1).

Kredit gambar : dailyfootballshow.com
Gambaran formasi dan pemain yang diperlukan oleh Simeone.

Thierry Henry, 40 tahun (attacking, invincible 4-4-1-1).

Kredit gambar : MyJoyOnline.com
Formasi yang digunakan pada era invincible.
Dengan barisan pemain sedia ada Arsenal, beliau dijangkakan baka menggunakan:
Gambaran kesebelasan dan formasi yang bakal digunakan Henry.


Carlo Ancelotti, 58 tahun (flexible 4-4-2 diamond).

Kredit gambar : Daily Post
Gambaran kesebelasan dan formasi Ancelotti.

Leonardo Jardim, 43 tahun (attacking 4-2-2-2).

Kredit gambar: Daily Star
Gambaran kesebelasan dan formasi Jardim.

Joachim Low, 58 tahun (structured 4-2-3-1 / 4-3-3).

Kredit gambar : Eurosport
Gambaran kesebelasan dan formasi Low.


Brendan Rodgers, 45 tahun (flexible 3-4-3 / 4-2-3-1 / 4-3-3).

Kredit gambar : Daily Express
Gambaran kesebelasan dan formasi Rodgers.

Max Allegri, 50 tahun (structured, defensive 4-3-3).


Formasi yang digunakan musim ini bersama Juventus:
  • 4-3-3
  • 4-2-3-1
  • 3-5-2
  • 3-4-2-1
  • 4-3-2-1
  • 4-4-1-1
Calon-calon yang lain:

Eddie Howe walaupun mampu mengemudi Bournemouth dengan cemerlang namun ianya masih belum memadai untuk beliau layak menggalas jawatan tersebut bersama Arsenal.

Manakala calon pengurus muda Jerman, Julian Nagelsmann masih gagal mengecapi sebarang kejuaraan selain dinobatkan selaku German Football Manager of the Year 2017.

Dan Thomas Tuchel pula dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai PSG walaupun tiada pengumuman rasmi setakat ini dibuat oleh kelab tersebut.

Siapakah yang bakal menggantikan Wenger musim depan?

Post a Comment

Previous Post Next Post