Pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Elneny mungkin terlepas aksi bersama Arsenal musim ini namun masih berpeluang untuk mewakili negara beliau di kejohanan Piala Dunia Rusia 2018.
Kredit gambar : Egypt Today |
Arsenal tetap berharap Mohamed Elneny mampu kembali beraksi dalam baki saingan musim ini meskipun mengesahkan pemain tengah ini mengalami kecederaan ligamen buku lali pada hari Ahad lalu.
Pemain antarabangsa Mesir itu diusung keluar dari padang pada separuh masa pertama dalam perlawanan yang menyaksikan Arsenal mencapai kemenangan 4-1 ke atas West Ham di Stadium Emirates berikutan cabaran beliau terhadap Mark Noble (West Ham).
Beliau dijangka bakal terlepas aksi bersama Arsenal musim ini namun masih mempunyai peluang untuk beraksi bersama Mesir di Kejohanan Piala Dunia yang bakal bermula 14 Jun nanti.
Kecederaan yang dialami beliau itu mungkin menjejaskan peluang untuk beraksi bersama Mesir pada kejohanan terulung bolasepak dimana Mesir telahpun mengesahkan tempat beraksi untuk kali pertama dalam tempoh 18 tahun.
Bagaimanapun, Arsenal tidak menolak peluang pemain berusia 25 tahun itu untuk pulih dalam masa terdekat untuk sekurang-kurangnya perlawanan di peringkat akhir musim, yang mana mungkin termasuk perlawanan akhir Liga Europa pada bulan Mei nanti (sekiranya Arsenal mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Atletico Madrid diperingkat separuh akhir).
We are hoping that Mo will be available for Arsenal again this season and we are keeping in regular contact with the Egyptian Football Association. - Arsenal
Tags
Piala Dunia