Seorang lagi pemain bintang yang mungkin termasuk dalam senarai pemain yang hampir-hampir berjaya dibawa masuk Wenger ke Arsenal.
![]() |
Willian pemain tengah Chelsea. Kredit gambar: Metro
|
Seperti yang dilaporkan oleh ESPN Brazil minggu lalu, pemain tengah Chelsea, Willian pernah dicadangkan kepada Arsenal pada usia 17 tahun namun Arsene Wenger dan ketua scout Arsenal dilaporkan memilih untuk memberi fokus kepada sasaran lain (pemain lain).
Kisah itu diceritakan oleh Daniel Musatti (dalam laporan ESPN) yang mana beliau telah menjadi jurulatih Corinthians selama hampir lima tahun (2005 hingga 2009) dan telah mengikuti perkembangan Willian bermula dari akademi hinggalah ke pasukan utama.
*Willian bersama kelab Corinthians dari tahun 1998 hingga ke tahun 2007 sebelum menyertai kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk![]() |
Daniel Musatti kini menjadi pengendali Southern California Sports Club. Kredit image : YouTube |
Kemudian pada tahun 2006, beliau melakukan tugas untuk Arsenal sebagai pencari bakat (scout) dan menyangkan Arsene Wenger inginkan seorang pemain sayap yang laju (pantas).
"Sehubungan itu, saya membuat laporan mengenai Denilson dari São Paulo pada tahun itu dan tidak lama selepas itu dia dijual ke England (Arsenal)." kata Musatti kepada ESPN Brazil.
"Kesemua pemain telah disyorkan terlebih oleh ketua scout Arsenal untuk scout di Brazil (menjalankan tugas), semuanya sudah ditentukan terlebih dahulu."
![]() |
Denilson mewakili Arsenal pada tahun 2006 hingga tahun 2013, namun dipinjamkan kepada kelab asal beliau (Sao Paulo) pada tahun 2011 sehingga 2013 sebelum menyertai secara tetap selepas menamatkan kontrak bersama Arsenal. Kredit gambar : DPNAS |
"Saya juga membuat cadangan bahawa kami telah menyaksikan Willian dan membuat laporan penuh pemain ini untuk analisis ketua scout Arsenal, namun pada masa itu saya diberitahu bahawa mereka tidak berminat kerana telah mensasarkan pemain lain."
"Mereka meminta saya melakukan pemantauan lengkap terhadap Neto Baiano yang beraksi bersama Paulista de Jundiai."
![]() |
Neto Baiano. Kredit gambar : Terra |
"Setahun selepas saya mencadangkan Willian ke Arsenal, dia telah dijual dengan nilai yang tinggi ke Ukraine dan berkembang di sana."
" Disana beliau mula menjadi seorang pemain yang hebat dan itu yang kita lihat hari ini."
"Beliau boleh pergi ke Arsenal tetapi mereka lebih suka menonton Neto Baiano ... "
Willian dilepaskan Corinthians ke Shakhtar Donetsk dengan nilai perpindahan sekitar € 14 juta pada tahun 2007.
Dan kemudian nya beliau berpindah ke Anzhi Makhachkala dengan nilai perpindahan sebanyak € 35 juta pada Januari 2013, namun hanya menghabiskan masa selama enam bulan di Rusia sebelum Chelsea menandatanganinya pada musim panas berikutnya setelah membayar € 35.5 juta kepada kelab tersebut.
Namun karier Neto Baiano tidak pernah begitu berjaya di Brazil dan kini bermain untuk kelab CRB yang beraksi di Serie B (liga kedua Brazil).
![]() |
Steve Rowley merupakan ketua scout Arsenal daripada tahun 1996 sehinggalah kemasukan Mislintat tahun lalu. |
Namun, adalah tidak wajar untuk menyalahkan mereka berdua kerana tidak mengambil Willian ketika mempunyai peluang terbaik waktu itu bak kata peribahasa untung sabut timbul, untung batu tenggelam.