Ditelan mati emak, diluah mati bapa....

Arsenal bakal menentang Atletico Madrid pada Jumaat ini jam 3.05 pagi waktu Malaysia bagi saingan  Separuh Akhir Liga Europa 2017/18. 



Jika sebelum ini, Lukas Podolski pernah menyuarakan pendapat beliau mengenai perlawanan diantara Arsenal menentang Cologne (dua kelab/pasukan yang pernah diwakili beliau) pada peringkat kumpulan saingan Liga Europa, kini giliran Antonio Reyes pula untuk meluahkan perasaan dan pendapat beliau.


Menjelang pertembungan di antara Arsenal menentang Atletico Madrid yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini (waktu Malaysia) jam 3.05 pagi, bekas pemain yang pernah mewakili kedua-dua pasukan ini, Antonio Reyes mendedahkan perasaan dan pendapat beliau mengenai pengalaman bersama kedua-dua pasukan tersebut selain pertembungan yang bakal berlaku diantara kedua-dua kelab itu.

Kredit gambar : Sky Sports
Reyes, 34 tahun menghabiskan tiga musim bersama Arsenal (2004 - 2007) dan berjaya mempamerkan aksi cemerlang pada musim pertama bersama The Gunners apabila berjaya memenangi gelaran Juara Liga Perdana 2003/04.

Reyes juga merupakan salah seorang pemain yang menganggotai skuad invincible Arsenal yang muncul Juara Liga 2003/04. Kredit gambar : Genius
Walau bagaimanapun memasuki musim kedua beliau bersama Arsenal, prestasi beliau mulai merosot dan kemerosotan tersebut dikatakan berpunca dengan  masalah 'homesick' yang dihadapi pemain ini.

Dan beliau kemudiannya dipinjamkan kepada Real Madrid pada tahun 2006 sebelum berpindah secara kekal di Sepanyol dengan menyertai Atletico Madrid pada tahun 2007.

Bercakap kepada Marca, Reyes yang ditanya mengenai pengalaman beliau ketika bersama kedua-dua kelab tersebut dan juga pandangan beliau mengenai perlawanan ini menjelaskan dimana beliau menyifatkan kedua-dua kelab ini telah memberikan kenangan yang indah buat beliau.

"Ia akan menjadi penyingkiran yang indah, saya sangat menyukai kedua-dua pasukan."

"Kedua-dua kelab memberikan kenangan yang sangat indah buat saya. Di England saya memenangi gelaran pertama yang sukar untuk dilupakan."

"Di Atlético, walaupun mereka tidak memenangi gelaran liga (juara liga) namun menjuarai Liga Europa dengan menewaskan Fulham menjadikan kelab itu lebih besar daripada itu."

Nampaknya Reyes bagaikan ditelan mati emak, diluah mati bapa dalam mengeluarkan komen dan pendapat mengenai pertembungan dua kelab yang pernah diwakili beliau ini.

Ketika ini beliau mewakili Cardova FC (menandatangani kontrak pada 30 Januari 2018) selepas meninggalkan Espanyol pada Jun 2017 (tamat kontrak).



Rekod dan pencapaian Reyes bersama Arsenal dan Atletico Madrid:

Arsenal
(2004–2007)
Atletico Madrid
(2007–2011)
Penampilan 110 154
Gol 23 14
Bantuan gol 24 30
Kejuaraan Premier League: 2003–04
FA Cup: 2004–05
FA Community Shield: 2004
UEFA Champions League runner-up: 2005–06
UEFA Europa League: 2009–10, 2011–12
UEFA Super Cup: 2010
UEFA Intertoto Cup: 2007
Copa del Rey runner-up: 2009–10


Post a Comment

Previous Post Next Post