🎥 Liga Perdana | Arsenal 4-1 West Ham - Alexandre Lacazette 'bedil' West Ham disaat akhir.

Dua gol daripada Alexandre Lacazette pada lima minit terakhir perlawanan pastikan kemenangan bergaya Arsenal (4-1) keatas West Ham.

Kredit gambar : Premier League
Alexandre Lacazette jaringkan dua gol bagi membantu Arsenal mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas West Ham United di Stadium Emirates.



Arsenal mendahului perlawanan pada minit ke-51 selepas Nacho Monreal menyempurnakan hantaran yang dibuat oleh Granit Xhaka (tendangan sudut) dengan merembat masuk untuk gol pembukaan perlawanan dan juga merupakan gol peribadi kelima beliau dalam saingan liga musim ini.

Gol!!!!! Nacho Monreal!
Arsenal 1 - 0 West Ham United.  
Marko Arnautovic menyamakan kedudukan pada minit ke-64 apabila beliau bijak menyudahkan hantaran Manuel Lanzini selepas keadaan kelam kabut didepan pintu gol Arsenal untuk menewaskan David Ospina serta mengikat kedudukan 1-1.

Arnautovic berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-64 perlawanan.
Walaupun Joe Hart bertindak cemerlang selepas itu, apabila berjaya menafikan dua percubaan daripada pemain Arsenal (percubaan Xhaka dan Danny Welbeck) namun beliau gagal menghalang percubaan Aaron Ramsey pada minit ke-82 perlawanan.

Dan gol Ramsey itu juga menyebabkan moral pemain-pemain West Ham terus menurun dan kesempatan tersebut digunakan dengan sebaiknya oleh Lacazette yang bijak mengambil peluang serta menghukum barisan pemain West Ham dengan menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit terakhir perlawanan.

Tamat perlawanan, Arsenal 4 - 1 West Ham.

Arsenal kekal ditangga keenam liga dengan mengumpul 57 mata dan kemenangan ini berjaya menjarakkan mata mereka dengan pasukan ditangga ketujuh liga, Burnley dengan empat mata serta enam mata memisahkan diantara Chelsea (63 mata) yang berada ditangga kelima liga ketika ini.

Manakala West Ham kini menghuni tangga ke-15 liga dengan enam mata berada di atas zon penyingkiran.




VIDEO PERLAWANAN (HIGHLIGHTS)
Penjaring gol Arsenal : Monreal (51'),Ramsey (82'), Lacazette (85' dan 89').
Penjairng gol West Ham : Arnautovic (64').

Post a Comment

Previous Post Next Post