Vieira teruja dikaitkan sebagai pengganti Wenger

Patrick Vieira, 41 tahun merupakan antara pemain terawal yang dibawa masuk Arsene Wenger ke Arsenal walaupun kemasukan pemain ini terlebih dahulu sebelum pengendali tersebut menyertai Arsenal.



Menyertai Arsenal pada 10 Ogos 1996 daripada AC Milan dengan nilai perpindahan yang dipercayai sekitar £3.5 juta, beliau mendedahkan dimana pengaruh Arsene Wenger menyebabkan beliau menyertai Arsenal.
I am delighted to be joining Arsenal at the same time as Mr Wenger becomes their coach. Being able to speak French to him will make life a lot easier for me. - Patrick Vieira.
Dengan pengumuman perletakan jawatan dibuat bekas pengurus yang telah banyak berjasa kepada beliau, nama beliau secara tiba-tiba dikaitkan untuk menggantikan Arsene Wenger di Arsenal musim depan.


Ternyata beliau turut teruja dengan berita tersebut namun bercakap kepada stesen radio New York - WNYE, beliau menegaskan bahawa beliau masih belum bersedia untuk kembali menyertai Liga Perdana Inggeris sebaliknya menegaskan bahawa beliau gembira bersama kelab yang dipimpinnya ketika ini iaitu New York City.

"Saya menghabiskan masa sembilan tahun di Arsenal, yang menjadikan kelab itu istimewa untuk saya," katanya.

"Tetapi itu masih belum mencukupi untuk saya membimbing mereka."

"Saya sentiasa teruja apabila mendengar nama saya dikaitkan dengan beberapa kelab bolasepak yang berbeza. Itu bagus untuk ego anda tetapi pada masa yang sama, saya gembira di sini."

"Kita lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa tahun akan datang."

Wenger pada sidang media (pra-perlawanan) sebagaimana dilaporkan (Wenger pilih Vieira) yang dijalankan pada Khamis lalu, tidak menafikan kebolehan yang ada pada Vieira dan beliau percaya bahawa bekas anak didik beliau itu mampu menjadi seorang pengurus yang cemerlang satu hari nanti.

Namun Liga Perdana Inggeris memiliki keistimewaan yang tersendiri dan berbeza dengan liga-liga lain.

Beliau (Wenger) turut menjelaskan dimana terdapat ramai bekas pemain yang mempunyai potensi dan kebolehan untuk melakukan perkara itu (mengurus pasukan).



Bagaimanapun pengurus Manchester City, Pep Guardiola percaya bahawa Patrick Vieira mempunyai kemampuan untuk menjadi pengganti kepada Arsene Wenger di Arsenal.

Guardiola percaya Vieira mampu menggantikan Arsene Wenger di Arsenal. Kredit gambar : Evening Standard
"Sudah tentu, dia mampu (layak dan bersedia)," jelas bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich apabila ditanya sama ada Vieira mampu menjadi antara pengurus terhebat (top manager).

"Sekarang, dengan apa yang berlaku (pengumuman Wenger) terdapat banyak nama di sana (calon pengganti Wenger di Arsenal)."

"Arsenal akan membuat keputusan terbaik untuk mereka, tetapi sudah tentu dia (Vieira) bersedia."

"Saya fikir semua nama yang berada dalam senarai Arsenal mahupun nama-nama yang dikaitkan dengan mereka, kesemua calon ini mampu dan bersedia (layak)."


Kredit gambar : Daily Star

Post a Comment

Previous Post Next Post