Mampukah Wenger menghadapi Mourinho tanpa pergaduhan?

Arsene Wenger berharap perlawanan terakhir yang juga perlawanan perpisahan beliau di Old Trafford berakhir dengan 'aman' namun tidak pasti bakal menganggap Mourinho sebagai kawan.

Wenger 68 tahun, minggu lalu telah membuat pengumuman yang mengejutkan dimana bahawa beliau akan menamatkan era pemerintahannya selama 22 tahun di Arsenal pada penghujung musim ini.

Perseteruan Wenger bersama Mourinho seringkali melibatkan pertengkaran fizikal diantara mereka berdua semenjak Mourinho mulan mengendalikan Chelsea pada 2004.


Dari segi rekod pertembungan (secara individu selaku pengurus), Wenger masih gagal untuk menewaskan musuh beliau itu apabila hanya memenangi dua perlawanan dalam 18 kali mereka bertemu dengan Mourinho pula mencatatkan sembilan kemenangan.

Arsene Wenger vs Jose Mourinho
Jumlah Perlawanan 18
Menang Wenger 2
Mourinho 9
Seri 7

Kali terakhir Wenger memenangi perlawanan kompetitif ketika menentang Mourinho adalah pada musim lalu apabila mengalahkan Manchester United ditempat sendiri (Stadium Emirates) dengan keputusan 2-0 namun pada musim ini (2017/18), Arsenal dibawah kendalian Wenger gagal mengulangi kejayaan tersebut apabila tewas 1-3 dilaman sendiri.

Dan malam ini, Arsenal bakal bertemu Manchester United ditempat mereka, Old Trafford jam 11.30 malam (waktu Malaysia).


Mourinho setelah mendengar pengumuman yang dibuat oleh Wenger mengenai keputusan pengendali Arsenal itu untuk berundur dipenghujung musim ini, mencadangkan bahawa mereka boleh 'menjadi kawan di masa depan'.

Bagaimanapun Wenger memberi reaksi yang sebaliknya apabila mengatakan:

"Ia bergantung," 

"Sudah tentu saya menghormati dia... dia harus memberi saya sedikit kedamaian untuk minggu-minggu akhir saya dan tidak cuba untuk mendorong saya ke dalam konfrontasi yang lain."

"Saya mahu pergi dengan aman, dan dengan Mourinho sekarang kerana dia seorang pengurus yang hebat, saya mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang. Di Perancis, kami mengatakan 'au revoir' yang bermaksud anda mungkin melihat saya lagi."

Post a Comment

Previous Post Next Post