Mengapa Arsenal perlu mencari pengganti kepada Petr Cech.

Kredit gambar : Squawka

Dengan Petr Cech bakal berusia 36 tahun musim depan dan David Ospina masih lagi gagal menjadi penjaga gol utama Arsenal musim ini (mengambil alih daripada Cech), mudah untuk difahami mengapa Arsenal sememangnya memerlukan seorang penjaga gol baru musim depan.



Arsenal sekurang-kurangnya memerlukan seorang yang setanding Cech ataupun yang lebih baik daripada David Ospina. Bukan untuk menidakkan kebolehan Cech ketika ini apatah lagi menafikan sumbangan beliau terhadap pasukan.

Walaupun kadang kalanya beliau beraksi cemerlang, namun aksi cemerlang beliau itu turut ditenggelami dengan persembahan yang tidak begitu menyakinkan (dari sudut pandangan penulis).

Pun begitu, Ospina (29 tahun) ketika ini masih lagi mengalami kecederaan dilihat bukanlah pilihan terbaik bagi menggantikan Cech dengan dapat disaksikan beliau pada musim ini masih gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal bagi saingan Liga Perdana Inggeris.

Musim ini sahaja (setakat ini), beliau hanya membuat dua penampilan dalam aksi Liga Perdana Inggeris dan ini jelas menunjukkan beliau masih gagal mengatasi Petr Cech.

Rekod penampilan Ospina musim ini (setakat ini)
Saingan Penampilan Bolos Tanpa bolos Minit Beraksi
Europa League 8 7 3 720'
EFL Cup 5 4 3 450'
Premier League 2 - 2 110'
FA Cup 1 4 - 90'
Community Shield - - - -
JUMLAH 16 15 8 1,370'

Walaupun jarang diturunkan dan sekadar menjadi pilihan kedua (selepas Cech) bagi saingan Liga Perdana, namun rekod kecederaan beliau juga boleh dikatakan lebih teruk berbanding Cech.

Terbaru beliau masih lagi bergelut dalam memulihkan kecergasan selepas mengalami kecederaan kaki yang dialaminya pada 4 Apr 2018 dan sehingga kini masih lagi belum sembuh.

Dan rekod kecederaan beliau musim ini (tidak termasuk terbaru - 4 April 2018) menyaksikan beliau telah terlepas tujuh perlawanan (33 hari).

Rekod Kecederaan Ospina Bersama Arsenal.
Musim Jenis Kecederaan Taikh Cedera Tarikh Sembuh Jumlah Hari Jumlah Perlawanan Terlepas
17/18 groin strain 16-Oct-17 18-Nov-17 33 7
16/17 Back Injury 2-Apr-17 26-Apr-17 24 6
15/16 Shoulder injury 19-Oct-15 5-Nov-15 17 5
14/15 Hip injury 9-Oct-14 26-Dec-14 78 15
14/15 Thigh problems 27-Jul-14 29-Aug-14 33 5

Rekod Kecederaan Petr Cech Bersama Arsenal.
Musim Jenis Kecederaan Taikh Cedera Tarikh Sembuh Jumlah Hari Jumlah Perlawanan Terlepas
16/17 Calf Injury 18-Mac-17 17-Apr-17 30 5
15/16 Calf Injury 3-Mac-16 31-Mac-16 28 5
Rujukan : Arsenal Injury Room



Berbalik kepada pengganti Petr Cech, jika dibandingkan rekod kecederaan kedua-dua mereka (Cech dan Ospina) dapat difahami mengapa Cech masih lagi menjadi Penjaga Gol utama Arsenal musim ini dan kenapa Ospina masih gagal mengatasi Cech.

Mungkin faktor kecederaan yang kerap dialami Opina menyebabkan penjaga gol kebangsaan Colombia ini gagal mendapat rentak dan kecergasan sebagaimana kehendak serta ketetapan (kriteria) oleh Jens Lehman (jurulatih skuad utama Arsenal) dan juga Gerry Peyton (jurulatih penjaga gol Arsenal) serta Wenger.

*dikemaskini pada 14 April 2018 jam 10.53 pagi.

Petr Cech telah melakukan enam kali kesilapan dalam memberi gol kepada pihak lawan (Errors Leading To Goal) dalam aksi liga perdana musim ini.
Cech, musim ini sahaja dalam saingan liga telah melakukan enam kesilapan yang membawa kepada gol kepada pihak lawan dalam aksi liga iaitu ketika menentang:

  1. Everton (walaupun Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan 5-2) pada 22 Okt 2017
  2. ketika seri dengan Liverpool (22 Disember 2017), 
  3. ketika tewas 1-2 kepada Bournemouth ( 14 Jan 2018)
  4. ketika tewas 1-3 kepada Swansea (30 Jan 2018) dan yang terakhir (setakat ini), 
  5. ketika mengalami kekalahan kepada Brighton 2-1 (4 Mac 2018) dengan melakukan dua kali kesilapan yang seterusnya memberikan ataupun membenarkan pihak lawan menjaringan/memperolehi gol.
Rekod paling tinggi pemain yang melakukan kesilapan (Errors Leading To Goal) dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini turut dipegang oleh Cech ketika ini.

Rank Player Club Stat
1. Petr Cech Arsenal 6
2. Asmir Begovic AFC Bournemouth 5
2. Hugo Lloris Tottenham Hotspur 5
4. Joe Hart West Ham United 3
4. Jonas Lössl Huddersfield Town 3
4. Nicolás Otamendi Manchester City 3
4. Granit Xhaka Arsenal 3
8. Cédric Soares Southampton 2
8. Steve Cook AFC Bournemouth 2
8. Eric Dier Tottenham Hotspur 2
8. Leroy Fer Swansea City 2
8. Fraser Forster Southampton 2
8. Simon Francis AFC Bournemouth 2
8. Heurelho Gomes Watford 2
8. Wesley Hoedt Southampton 2
8. Scott Malone Huddersfield Town 2
8. Adrian Mariappa Watford 2
8. Simon Mignolet Liverpool 2
8. Luka Milivojevic Crystal Palace 2
8. Shkodran Mustafi Arsenal 2
8. Mat Ryan Brighton and Hove Albion 2
8. Ederson Manchester City 2
8. Kasper Schmeichel Leicester City 2
24. Charlie Adam Stoke City 1
24. Dele Alli Tottenham Hotspur 1
24. Marcos Alonso Chelsea 1
24. Jordan Ayew Swansea City 1
24. Tiemoué Bakayoko Chelsea 1
24. Héctor Bellerín Arsenal 1



Dan daripada senarai yang dikeluarkan oleh Premier League 2017/18 itu (diatas), empat pemain Arsenal yang tersenarai di ringkaskan seperti berikut (Top 4 Pemain Arsenal):

Rank Player Club Stat
1. Petr Cech Arsenal 6
4. Granit Xhaka Arsenal 3
8. Shkodran Mustafi Arsenal 2
24. Héctor Bellerín Arsenal 1

Namun dengan Ospina yang masih belum mampu membuktikan kehebatan beliau untuk menjadi No.1 Arsenal, adakah kita masih mampu menaruh harapan kepada Petr Cech?

Dan dengan kesilapan yang paling tinggi (kerap) dilakukan oleh Cech bagaikan menunjukkan bahawa beliau semakin mengakhiri zaman kemuncak beliau dan gagal mengekalkan prestasi cemerlang beliau.

Arsenal sememangnya memerlukan seorang penjaga gol baru yang mampu beraksi lebih cemerlang daripada Ospina dan Cech ketika ini.

Petr Cech juga merupakan pemain paling tinggi yang merekodkan kesilapan dalam membenarkan ataupun menyebabkan pihak lawan berjaya menjaringkan gol (Errors Leading To Goal).

Rekod penjaga gol paling kerap / tinggi melakukan kesilapan sepanjang Liga Perdana Inggeris (Premier League) diwujudkan (1992).

 TOP 5 Penjaga Gol Yang Melakukan Kesilapan
Rank Player Club Stat
1. Petr Cech Arsenal 24
2. AsmirBegovic AFC Bournemouth 22
3. Robert Green Huddersfield Town 21
4. Heurelho Gomes Watford 19
5. Joe Hart West Ham United 19

Berdasarkan rekod dan statistik diatas (tersebut), sememangnya Arsenal memerlukan seorang penjaga gol baru yang lebih baik daripada Ospina dan Cech.

Namun persoalannya, siapakah yang Arsenal berminat untuk menggantikan Cech? Dan adakah Arsenal bakal menggantikan Cech musim depan ataupun benar-benar berhasrat membawa penjaga gol baru yang lebih baik daripada Ospina ataupun Cech?

Post a Comment

Previous Post Next Post