![]() |
Kredit gambar: The Telegraph |
Pengurus Newcastle, Rafa Benitez percaya bahawa Arsenal tetap hadir dengan bertenaga menjelang pertembungan diantara kedua kelab ini malam esok (waktu Malaysia).
Semalam, skuad Arsene Wenger bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2 ketika menentang kelab Rusia, CSKA Moscow sekali gus memastikan Arsenal layak beraksi ke peringkat separuh akhir Liga Europa.
*Arsenal bakal menentang Atletico Madrid diperingkat separuh akhir yang bakal dilangsungkan pada 26 April ini (perlawanan pertama).
Walaupun perjalanan pulang daripada Moscow ke London tidak memakan masa yang lama (sekitar 4-5 jam) namun boleh dikatakan keletihan 'travel' pulang selepas beraksi dalam perlawanan sengit itu (menentang CSKA Moscow) pasti terasa (kepenatan) buat pasukan dan pemain Arsenal.
Lebih-lebih lagi, esok Arsenal sekali lagi terpaksa bermain ditempat lawan iaitu ke Stadium St James' Park bagi menghadapi perlawanan Liga Perdana menentang Newcastle United.
Newcastle yang dipimpin oleh Benitez bermula Mac 2016, telah berjaya membawa pasukan itu menjuarai Liga Bolasepak Inggeris - English Football League Championship (liga kedua tertinggi dalam hierarki bolasepak Inggeris) pada musim 2016/17 dan beraksi pada Liga Perdana Inggeris musim ini.
Walaupun dipalit dengan beberapa masalah terutamanya soal kewangan yang membabitkan pembelian pemain bagi mengukuhkan skuad beliau musim ini, namun Benitez tetap berjaya mengendalikan Newcastle untuk berada dikelompok pertengahan liga (kedudukan ke-10) ketika ini.
Dan menjelang pertembungan menentang Arsenal esok, Benitez tidak menganggap faktor kepenatan bakal menjadi satu alasan buat Arsenal dalam menghadapi pasukan beliau malam esok.
Beliau turut mengakui bahawa ianya bukanlah satu kelebihan buat pasukan beliau walaupun Arsenal baru sahaja selesai menjalani perlawanan menentang CSKA Moscow di tempat lawan semalam.
MAYBE SOMEONE WILL SAY, ‘THEY WILL BE TIRED.’ BUT WHEN YOU ARE USED TO PLAYING TWO GAMES A WEEK, ESPECIALLY AT THIS LEVEL, WHEN YOU HAVE A GOOD SQUAD, GOOD PLAYERS AND A MANAGER WITH EXPERIENCE, I DON’T THINK IT WILL BE A BIG ADVANTAGE FOR US. - RAFA BENÍTEZ
Ini kerana menurut beliau Arsenal masih merupakan pasukan yang hebat dan mampu mengatasi masalah tersebut (akibat kepenatan perjalanan dan mengharungi perlawanan ditempat lawan yang jauh) dengan barisan pemain yang dimiliki (skuad yang lebih besar) pada peringkat ini (menyertai saingan domestik dan Eropah).
Arsenal musim ini masih 'kebal' ketika beraksi pada saingan liga selepas mengharungi perlawanan diperingkat Liga Europa dengan masih belum mencatatkan sebarang kekalahan (selepas bermain ditempat lawan bagi saingan Europa dan kemudiannya beraksi pada perlawanan liga).
Saingan | Tarikh | Venue | Lawan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Liga Europa (kumpulan) | 14.09.2017 | H | 1. FC Köln | 3:1 |
EPL | 17.09.2017 | A | Chelsea | 0:0 |
Liga Europa (kumpulan) | 28.09.2017 | A | BATE Borisov | 2:4 |
EPL | 01.10.2017 | H | Brighton | 2:0 |
Liga Europa (kumpulan) | 19.10.2017 | A | Red Star | 0:1 |
EPL | 22.10.2017 | A | Everton | 2:5 |
EFL Cup | 24.10.2017 | H | Norwich | 2:1 AE |
Liga Europa (kumpulan) | 02.11.2017 | H | Red Star | 0:0 |
EPL | 05.11.2017 | A | Man City | 3:1 |
Liga Europa (kumpulan) | 23.11.2017 | A | 1. FC Köln | 1:0 |
EPL | 26.11.2017 | A | Burnley | 0:1 |
Liga Europa (kumpulan) | 07.12.2017 | H | BATE Borisov | 6:0 |
EPL | 10.12.2017 | A | Southampton | 1:1 |
Liga Europa (peringkat 32) | 15.02.2018 | A | Östersund | 0:3 |
Liga Europa (peringkat 32) | 22.02.2018 | H | Östersund | 1:2 |
EFL Cup - Akhir | 25.02.2018 | H | Man City | 0:3 |
Liga Europa (peringkat 16) | 08.03.2018 | A | AC Milan | 0:2 |
EPL | 01.04.2018 | H | Stoke City | 3:0 |
Liga Europa (suku akhir) | 05.04.2018 | H | CSKA Moscow | 4:1 |
EPL | 08.04.2018 | H | Southampton | 3:2 |
Liga Europa (suku akhir) | 12.04.2018 | A | CSKA Moscow | 2:2 |
Untuk rekod head to head Arsene Wenger vs Rafa Benitez, mereka telah bertembung sebanyak 23 kali dengan Wenger memenangi 10 kali (perlawanan), seri enam dan kalah tujuh kali tewas kepada Benitez.