Stadium Wembley akan dijual oleh Persatuan Bola Sepak England.

Stadium Wembley bakal dijual. Kredit gambar : The Stacey West

Persatuan Bola Sepak England berada dalam dilema untuk menjual Stadium Wembley setelah menerima tawaran yang mengagumkan sebanyak £ 800 juta.



Menurut laporan BBC, Persatuan Bola Sepak England (FA) telah menerima tawaran yang di anggarkan bernilai £ 800 juta bagi melepaskan ataupun menjual Stadium Wembley daripada pemilik Fulham.

Shahid Khan, pemilik kelab bolasepak Fulham dan Jacksonville Jaguars dari National Football League (NFL), telah membuat tawaran rasmi yang dibincangkan buat kali pertama oleh ahli lembaga pengarah FA pagi tadi (waktu UK).

Shahid Khan dilahirkan di Pakistan dan menetap di Amerika Syarikat (mendapat kerakyatan pada tahun 1991). Mula menjadi pemilik Fulham pada tahun 2013.  Kredit gambar : talkSPORT
Khan yang dianggarkan memiliki nilai kekayaan berjumlah £ 5.2bilion, sedia membayar lebih daripada £500 juta secara tunai dan membenarkan FA mengekalkan perniagaan debenture Club Wembley dan hospitaliti yang bernilai lebih kurang £300 juta.

*Debentur adalah sejenis instrumen hutang yang tidak dijamin dengan aset atau cagaran fizikal.

Naib Presiden eksekutif NFL, Mark Waller berkata mempunyai stadium di London dianggap sangat penting kepada NFL.
The potential purchase of Wembley Stadium is a further powerful sign of their commitment to the UK and their vision to help us grow the sport. This new relationship would allow for even greater flexibility in scheduling future NFL games in London. - Mark Waller via BBC.
Jika Khan berjaya, ia akan membuka pintu kepada francais NFL pertama di luar Amerika Syarikat dan beliau begitu berminat untuk membawa pasukan tetap beraksi di UK.

Pada Januari lalu, pihak FA menjelaskan bahawa mereka hanya dapat menyelesaikan bayaran hutang pembinaan Stadium Wembley menjelang akhir tahun 2024, selepas 17 tahun stadium yang mempunyai kapasiti 90,000 tempat duduk itu dibuka.

Kos pembinaan stadium tersebut dipercayai berjumlah £757 juta dengan hutang yang masih kekal berjumlah  £ 142juta dan tawaran yang dibuat oleh Khan ini sukar untuk ditolak oleh mereka.

Pemegang Saham Stadium Wembley :
  • The Football Association
  • Department of Culture, Media and Sport
  • Sport England
  • The London Development Agency



Post a Comment

Previous Post Next Post