Tugas 'gila' pengurus baru Arsenal.

Sesiapa sahaja yang menjadi pengurus baru Asenal musim depan pasti berdepan tugas sukar.



Selepas pihak pengurusan Arsenal dikejutkan dengan permintaan gaji yang tinggi oleh salah seorang calon pengganti Wenger, Luis Enrique (anda boleh baca disini).

Kini giliran pihak pengurusan Arsenal pula melakukan kejutan kepada calon-calon yang berhajat ataupun bakal menjadi pengurus baru Arsenal musim depan.

Jika Enrique meminta gaji sebanyak € 17 juta setahun, pihak pengurusan Arsenal pula mendedahkan bahawa bajet bagi perpindahan musim depan (pembelian pemain) hanya £50juta sahaja.

Ini adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Daily Mail.
Arsenal’s new boss can spend only £50m on transfers this summer as club eye a strict disciplinarian to replace Arsene Wenger.
£50 juta bagi pembelian pemain dilihat sesuatu yang 'gila' ketika ini ataupun pada zaman sekarang. Bayangkanlah, Pep Guardiola sahaja telah membelanjakan £50 juta bagi mendapatkan seorang pemain pertahanan iaitu Kyle Walker musim lalu.

Dengan isu pertahanan Arsenal dilihat kritikal ketika ini, apatah lagi menghadapi saingan musim depan dengan bajet hanya £50 juta sahaja, sudah tentu pengendali baru Arsenal berdepan tugas sukar.

Namun sebenarnya bukanlah pengendali baru sahaja yang bakal 'pening kepala' tetapi tugas yang lebih berat ataupun lebih teruk itu bakal dipikul oleh dua individu yang baru menyertai Arsenal musim ini, Mislintat dan Sanllehi.

Kedua-dua individu inilah yang bertanggungjawab dalam membawa pemain baru menyertai Arsenal.

Senang cerita, pengurus baru hanya menyebut siapakah dan bagaimanakah ciri-ciri pemain yang dikehendaki (posisi mana) dan Mislintat akan menguruskan pencarian dan mendapatkan pemain tersebut (betulkan penulis jika salah).

Kerana penulis beranggapan inilah tugas sebenar Mislintat dan juga Sanllehi saat Gazidis melantik mereka bagi merevolusikan Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post