Wenger akur desakan penyokong

Kekecewaan penyokong mampu merosakkan imej Arsenal punca Wenger lepaskan jawatan beliau.

Kredit gambar: BBC
Arsene Wenger mengakui bahawa tentangan penyokong yang berkempen untuk menyingkirkan beliau telah mewujudkan suasana 'menyakitkan' yang mampu merosakkan reputasi Arsenal dimata dunia.



Bercakap buat kali pertama mengenai keputusan beliau untuk meninggalkan kelab pada akhir musim ini, Wenger menjelaskan bahawa beliau 'tidak letih' dan mahu terus bekerja dalam bolasepak walaupun mengakui adalah sukar baginya untuk menguruskan mana-mana kelab bolasepak Inggeris. 

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Guardian, beliau enggan menjelaskan punca sebenar dengan jelas mengapa beliau memilih untuk menamatkan kontrak beliau ketika ini.

Namun mengakui kekecewaan dan penentangan peminat serta penyokong Arsenal terhadap beliau yang mampu merosakan imej dan reputasi Arsenal menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut.

Beliau turut mengakui bahawa Arsenal lebih dihormati dimata dunia berbanding England dan penyokong Arsenal sendiri tidak memberikan imej perpaduan sebagai mana dikehendaki beliau.
I believe this club is respected all over the world, much more than in England, and our fans did not give the image of unity that I wanted. That was hurtful because I feel the club is respected over the world and, overall, the image we gave from our club is not what it is – and not what I like. - Arsene Wenger.
"Saya rasa kelab ini mempunyai imej yang hebat dan bagi saya itu sangat penting. Kita boleh bercakap dan bercakap dan bercakap tetapi sukan adalah mengenai kemenangan dan kekalahan dan anda (penyokong) harus menerima kekalahan, walaupun saya tidak lagi bersama Arsenal. "

"Namun ia sebenarnya adalah sesuatu yang lebih besar daripada soal kemenangan atau kekalahan  itu sendiri, dan itu sentiasa menjadi kebimbangan, bagaimana kelab dilihat dan diterima di seluruh dunia, bagi kanak-kanak di Afrika, China dan Amerika dan bagaimana impian boleh dicipta untuk kanak-kanak yang ingin bermain bolasepak."
I am not resentful and I do not want to make stupid headlines. I just feel if my personality is in the way of what I think our club is ... for me, that is more important than me staying. - Arsene Wenger.
"Itulah yang saya mahu katakan. Ia tidak ada kena mengena dengan peminat. Para peminat tidak gembira dan saya boleh faham. Ini kerja saya. Saya perlu hidup dengan itu. Saya boleh terima itu. "

Dan ditanya bagaimana ianya mampu merosakkan imej kepada kelab, Wenger menjelaskan:

"Saya tidak tahu sama ada ia merosakkan tetapi ia tidak sepadan dengan bagaimana saya merasakan kelab kami diterima dan sepatutnya diterima di seluruh dunia."

"Jika anda mengikuti bersama kami dan saya telah banyak mengembara, kelab ini begitu dihormati di seluruh dunia dan itu adalah kerana cara kita bekerja, cara kita bermain bolasepak, cara kita menghormati dan cara kita melayani orang."

"Saya mahu itu berterusan, dihormati dan memberi imej yang saya fikir ianya betul. Ianya melebihi soal kewangan, lebih daripada hasil (keputusan perlawanan). Ia adalah cara kelab diterima dan kesan yang ditinggalkan kelab untuk seluruh dunia. "

Mengulas lanjut selepas kemenangan Arsenal 4-1 keatas West Ham, Wenger menambah: 

"Saya gembira apabila peminat gembira dan saya bersedia untuk menderita bagi membuatkan mereka gembira."

"Jika kadang-kadang mereka turut membuatkan saya gembira juga (dengan menyanyikan nama beliau), saya menerimanya."

"Setiap keputusan yang saya buat selama 22 tahun saya adalah untuk kebaikan Arsenal dan setiap keputusan yang dibuat adalah keutamaan bagi memberikan yang terbaik untuk kelab."

"Saya cuba mempengaruhi kelab mengenai struktur, perkembangan pemain dan gaya permainan. Namun untuk menggabungkan tiga elemen tersebut ianya tidak begitu mudah dan saya percaya bahawa saya telah meninggalkan sebuah kelab yang berada dalam kedudukan yang sangat baik."
My target was always to do that and give continuity to the guy who comes in after me so we can be better in the next 20 years. That’s my wish. - Arsene Wenger.

Post a Comment

Previous Post Next Post