Dengan pengumuman dibuat Arsene Wenger mengenai masa depan beliau yang tidak lagi akan membimbing Arsenal musim depan, Arsenal kini sibuk mencari pengurus baru walaupun dikatakan calon-calon telah pun dikenal pasti oleh tiga orang penting Arsenal ketika ini.
Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bersama Raul Sanllehi dan Sven Mislintat, masing-masing dilaporkan telah mengenalpasti calon pengganti kepada Arsene Wenger.
Dan mereka telah pun mengeluarkan senarai calon sebagaimana dilaporkan pada beberapa hari lalu (Arsenal dalam dilema pengganti Wenger - klik untuk membaca), namun mungkin terdapat senarai tambahan selepas itu.
Jumaat lalu, Wenger mengejutkan dunia bolasepak apabila mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan Arsenal pada akhir musim ini selepas hampir 22 tahun berkhidmat dan bekas pemain Arsenal, Lukas Podolski merasakan bahawa Arsenal patut mempertimbangkan untuk melantik jurulatih dari Jerman untuk menggantikan Arsene Wenger.
Podolski yang menghabiskan dua setengah tahun di bawah kendalian Arsene Wenger ketika bersama Arsenal (dari tahun 2012 hingga tahun 2015) sebelum berpindah ke Inter Milan dilaporkan tertarik untuk melihat bagaimana arah tuju pasukan ini (Arsenal) dalam memilih pengurus baru menggantikan Wenger.
Dalam temubual bersama Welt, Podolski mendedahkan pengalaman beliau ketika berkerja bersama Wenger dengan menyifatkan pengurus tersebut merupakan seorang yang hebat, tenang dan menyeronokkan.
![]() |
Podolski membuat 82 penampilan bersama Arsenal dengan 31 gol berjaya dijaringkan beliau. Kredit gambar : Metro |
Beliau turut mengakui bahawa ketika bersama Arsenal (dibawah kendalian Wenger), beliau juga memiliki perasaan yang sama (selesa) sebagaimana ketika berada dibawah kendalian Joachim Low ataupun Jupp Heynckes.
Dan pengunduran Wenger daripada Arsenal mendapat perhatian beliau dimana beliau teruja untuk melihat arah tuju pasukan Arsenal dalam melantik pengurus baru.
Adakah Arsenal bakal memilih calon yang berpengalaman ataupun calon muda yang dahagakan kejayaan?
Beliau percaya Carlo Ancelotti merupakan calon yang ideal buat Arsenal jika mereka menginginkan seseorang yang berpengalaman, namun Sven Mislintat yang dilantik Arsenal pada November tahun lalu sebagai ketua pengambilan (head of recruitment) pula dilihat lebih cenderung kepada mereka (calon pengurus) yang lebih muda untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Arsene Wenger.
Dan beliau percaya Arsenal sepatutnya mempertimbangkan calon pengurus daripada Jerman memandangkan Arsenal kebelakangan ini bergantung ataupun mendapatkan khidmat daripada Jerman (pemain).
But if someone was in a club for 22 years, he leaves a lot of marks. I'm curious which successor they decide. It's a question of whether they want a gentleman with experience like Arsene Wenger, a guy like Carlo Ancelotti or maybe a young, hungry coach. I think Arsenal would be good for a German coach. That is my feeling. The club has been relying on German know-how for several years now. - Podolski via Welt.
Mengikut data Opta, dibawah kendalian Arsene Wenger, Arsenal telah mempunyai pemain daripada 49 negara degan dengan lapan pemain daripada Jerman pernah beraksi bersama Arsenal.
49 - Unter Arsene #Wenger kamen bei @ArsenaI in der @premierleague Spieler aus 49 verschiedenen Nationen zum Einsatz, darunter 8 Spieler aus Deutschland. pic.twitter.com/E3bbkbibTA— OptaFranz (@OptaFranz) April 20, 2018
Mislintat sebelum ini dilaporkan mencadangkan pengurus muda Jerman yang mengendalikan Hoffenheim, Julian Nagelsmann dan juga pengendali Schalke 04, Domenico Tedesco.