![]() |
Dua kejohanan Eropah untuk pasukan Liga Perdana Inggeris. Kredit foto :www.sportlike.gr |
Tujuh tempat untuk pertandingan UEFA bagi pasukan Liga Perdana Inggeris musim depan dengan empat slot bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah dan tiga slot bagi saingan Liga Europa.
Berikut adalah penerangan bagaimana kelab Liga Perdana Inggeris layak beraksi untuk Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan Liga UEFA Europa (UEL) musim depan diputuskan atatupun ditentukan.
Kelayakan dengan kedudukan liga.
Kelayakan bagi pasukan Liga Perdana Inggeris akan ditentukan mengikut kedudukan pasukan tersebut dalam menamatkan saingan liga seperti jadual di bawah, dengan maksimum tujuh slot bagi saingan Eropah kini terbuka buat pasukan-pasukan Inggeris.
Kejohanan | Peringkat | Kedudukan Liga | Piala | Kedudukan Terkini |
---|---|---|---|---|
UCL | Kumpulan | 1st | Manchester City | |
2nd | Manchester United | |||
3rd | Liverpool | |||
4th | Tottenham | |||
UEL | Kumpulan | 5th | Chelsea | |
6th | Piala FA* | Arsenal | ||
Kelayakan Pusingan Kedua | 7th | EFL** | Burnley |
Bagi bagi saingan Europa, keutamaan tempat diberikan (slot) kepada pasukan yang muncul juara Piala FA dan EFL namun tertakluk kepada situasi dibawah ( penerangan dibawah).
LIGA EUROPA
* Sekiranya pemenang Piala FA berada ataupun menamatkan saingan dalam kelompok lima teratas liga, tempat untuk saingan UEL tersebut akan jatuh kepada pasukan yang berada pada kedudukan liga yang layak untuk bagi saingan tersebut.
** Jika pemenang Piala EFL berada dalam kelompok lima pasukan teratas, tempat UEL mereka jatuh kepada pasukan yang berada pada kedudukan liga yang layak untuk bagi saingan tersebut.
Dalam kes PIALA EFL, Manchester City telah pun mengesahkan kedudukan mereka selaku Juara Piala EFL apabila menewaskan Arsenal 3-0 tempoh hari dan mereka ketika ini turut layak beraksi di UCL kerana menamatkan saingan LIGA selaku JUARA LIGA.
Dan slot tersebut diberikan kepada pasukan lain yang memenuhi syarat kelayakan ke kejohanan tersebut.
Manakala bagi PIALA FA musim ini pula, perlawanan akhir yang dijadualkan pada 20 Mei ini menemukan Chelsea dan Manchester United.
Chelsea (ketika ini berada ditangga kelima liga telah dikira layak untuk aksi UEL) begitu juga Manchester United yang telah pun layak beraksi di UCL musim depan.
Dan slot bagi pasukan ini diberikan kepada pasukan yang menamatkan kedudkan liga yang memenuhi syarat tersebut (bagi saingan Liga Europa).
LIGA JUARA-JUARA
Sekiranya kelab Liga Perdana Inggeris memenangi saingan Liga Juara-Juara dan juga Liga Europa, mereka secara automatik melayakkan diri untuk peringkat kumpulan bagi saingan musim depan tanpa mengira kedudukan penamat mereka didalam liga.
Jumlah maksimum bagi pasukan Liga Perdana Inggeris yang layak atau mendapat kelayakan Liga Juara-Juara Eropah adalah lima pasukan.
Sekiranya sebuah kelab dari Liga Perdana Inggeris memenangi Liga Juara-Juara UEFA dan sebuah kelab lagi memenangi UEFA Europa League dan kelab-kelab ini tidak berada dalam kelompok empat teratas liga, maka kelab yang menamatkan saingan liga ditempat keempat akan diturunkan ke saingan peringkat kumpulan bagi Liga UEFA Europa musim depan.
Jumlah maksimum bagi pasukan Liga Perdana Inggeris yang layak atau mendapat kelayakan Liga Juara-Juara Eropah adalah lima pasukan.
Sekiranya sebuah kelab dari Liga Perdana Inggeris memenangi Liga Juara-Juara UEFA dan sebuah kelab lagi memenangi UEFA Europa League dan kelab-kelab ini tidak berada dalam kelompok empat teratas liga, maka kelab yang menamatkan saingan liga ditempat keempat akan diturunkan ke saingan peringkat kumpulan bagi Liga UEFA Europa musim depan.
SITUASI TERKINI
Kelayakan mengikut kedudukan sekarang (terkini).
Jika perkara-perkara pada perlawanan minggu 37 kekal sehingga ke akhir musim, pasukan berikut akan layak ke saingan Eropah.
Liga Juara-Juara UEFA:
Jika perkara-perkara pada perlawanan minggu 37 kekal sehingga ke akhir musim, pasukan berikut akan layak ke saingan Eropah.
Liga Juara-Juara UEFA:
- Man City,
- Man Utd,
- Liverpool dan
- Tottenham Hotspur (jika Liverpool memenangi UCL, ianya tidak akan memberi sebarang perubahan).
- Chelsea dan
- Arsenal (kerana Chelsea atau Man Utd bakal memenangi Piala FA)
Dengan kegagalan Arsenal untuk layak ke peringkat akhir saingan Liga Europa serta gagal untuk memenangi kejuaraan tersebut,maka kedudukan dan pasukan yang layak ke peringkat kejohanan Eropah musim depan tidak berubah seperti jadual diatas.
Kedudukan liga setakat ini.
# | Pasukan | P | M | S | K | J/B | +/- | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Manchester City | 35 | 30 | 3 | 2 | 102:26 | 76 | 93 |
2 | Manchester United | 36 | 24 | 5 | 7 | 67:28 | 39 | 77 |
3 | Liverpool FC | 36 | 20 | 12 | 4 | 80:37 | 43 | 72 |
4 | Tottenham Hotspur | 36 | 21 | 8 | 7 | 68:32 | 36 | 71 |
5 | Chelsea FC | 35 | 20 | 6 | 9 | 60:34 | 26 | 66 |
6 | Arsenal FC | 35 | 17 | 6 | 12 | 67:48 | 19 | 57 |
7 | Burnley FC | 36 | 14 | 12 | 10 | 35:32 | 3 | 54 |
8 | Everton FC | 37 | 13 | 10 | 14 | 43:55 | -12 | 49 |
9 | Leicester City | 36 | 11 | 11 | 14 | 49:54 | -5 | 44 |
10 | Newcastle United | 36 | 11 | 8 | 17 | 36:46 | -10 | 41 |