Info menarik Arsenal vs Burnley

Match preview

Hanya Laurent Koscielny (Achilles) sahaja yang dilaporkan tidak cergas untuk aksi malam ini bagi pasukan Arsenal manakala pemain-pemain lain dilaporkan tidak mengalami masalah kecederaan.

Barisan kemungkinan buat kesebelasan utama Arsenal.
Manakala Burnley, pemain pertahanan mereka iaitu Ben Mee (shin) yang dilaporkan mengalami kecederaan sudah pun kembali menjalani latihan bersama skuad, namun tidak akan beraksi untuk perlawanan malam ini.

Barisan kemungkinan kesebelasan utama Burnley.
Begitu juga dengan Scott Arfield (calf) yang dilaporkan tidak akan beraksi pada perlawanan malam nanti, sementara penyerang mereka Chris Wood (foot) masih diragui untuk diturunkan nanti.



INFO LAIN

Perlawanan malam ini merupakan perlawanan Arsene Wenger yang ke-606 dan terakhir sebagai pengurus Arsenal untuk aksi dilaman sendiri.  

Perlawanan pertama Arsene Wenger adalah menentang Coventry City pada 19 Oktober 1996 yang berkesudahan seri 0-0.

Tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Arsenal menentang Burnley telah diputuskan pemenang pada minit ke-90 minit atau lebih dari itu.

 
Tarikh Lawan Keputusan Catatan
02 October 2016 Burnley v Arsenal Arsenal menang 1-0 Laurent Koscielny jaringkan gol pada minit ke-90
22 Jannuari 2017 Arsenal v Burnley Arsenal menang 2-1 Sanchez jaringkan gol kemenangan pada minit ke-90+ melalui sepakan penalti.
Sebelum itu, Mustafi menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-59 sebelum Andre Gray
menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-90.
26 November 2017 Burnley v Arsenal Arsenal menang 1-0 Sanchez menjaringkan gol pada minit ke-90 perlawanan melalui sepakan penalti.
Ia adalah satu-satunya perlawanan dalam sejarah dimana pemenang bagi perlawanan ditentukan pada gol lewat perlawanan dengan tiga gol pada minit ke-90 secara berturut-turut bagi tiga perlawanan.

Burnley tidak pernah mengalahkan Arsenal dalam sembilan percubaan terakhir mereka bagi kesemua pertandingan (seri = 1 dan kalah = 8) dengan mengalami kekalahan tujuh perlawanan terakhir menentang Arsenal berturut-turut.


Kemenangan terakhir mereka terhadap Arsenal adalah pada perlawanan Piala Liga yang dilangsungkan pada Disember 2008 dimana mereka telah memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0 di Turf Moor.

Post a Comment

Previous Post Next Post