Arteta bakal diumumkan selaku pengurus baharu Arsenal

Arteta bakal diumumkan selaku pengurus baharu Arsenal. Kredit foto: Daily Post Nigeria

Mikel Arteta dilaporkan setuju untuk menjadi pengurus baru Arsenal menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh Goal.



Bekas pemain tengah Arsenal, Arteta muncul selaku calon utama untuk menggantikan Arsene Wenger setelah beberapa calon lain yang dikatakan berada dalam senarai pihak pengurusan Arsenal terkeluar daripada perlumbaan ini (jawatan pengurus Arsenal).


Beliau dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Arsenal pada hari Khamis lalu (waktu UK) dan pelantikannya akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Namun, Arteta juga dilaporkan masih belum menandatangani kontrak perjanjian walaupun dikatakan telah pun bersetuju dengan tawaran tersebut.

Beliau yang menjadi penolong kepada Pep Guardiola ketika ini turut mendapat 'restu' daripada pengurus Manchester City itu untuk meninggalkan peranannya bersama Manchester City dan kembali ke Emirates.

Baca : Guardiola Restui Arteta Serta Arsenal.

Arteta menyertai Arsenal dari Everton pada tahun 2011 dengan nilai perpindahan yang dipercayai sekitar £ 10 juta.

Beliau membuat 150 penampilan bersama Arsenal sebagai pemain dengan 16 gol berjaya dijaringkan dan 11 bantuan gol berjaya dicipta beliau sebelum bersara dan menyertai Manchester City sebagai pembantu kepada Guardiola.
Disebalik berita gembira (menamatkan penantian mengenai siapakah pengganti Wenger) mengenai Arteta bakal menjadi pengurus baharu Arsenal yang bakal diumumkan dalam masa terdekat ini, berita kurang enak turut mula tersebar.

Dikatakan perlantikan Arteta sebagai pengurus baharu Arsenal menjadi punca mengapa ketua perubatan, Colin Lewin yang berkhidmat selama 23 tahun bersama Arsenal bertindak meninggalkan kelab.


Arteta dikatakan menyalahkan Lewin kerana memaksa beliau bergegas kembali dari kecederaan untuk turun beraksi ketika menjadi kapten Arsenal (tidak cergas sepenuhnya).

Namun berita mengenai isu ini dinafikan oleh pihak Arsenal sebagaimana laporan yang dikeluarkan oleh Express yang mengatakan pemergian Lewin (meninggalkan Arsenal) tiada kaitan dengan Arteta.

Menurut laporan itu juga, pemergian Lewin itu merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula bahagian (department) perubatan Arsenal dalam usaha kelab yang bakal menyaksikan rombakan besar-besar pada bahagian belakang tabir kelab.

Neil Banfield (jurulatih pasukan utama), Boro Primorac (jurulatih pasukan utama), Gerry Peyton (jurulatih penjaga gol), Tony Colbert (jurulatih kecergasan) dan Paul Johnson (kit-man)  juga telah meninggalkan Arsenal (dilepaskan).

Manakala fiso Arsenal, Ben Ashworth, Andrew Rolls dan James Haycock semuanya diminta untuk memohon semula jawatan itu dan difahamkan juga bahawa hanya akan terdapat satu kekosongan sahaja bagi kedudukan (jawatan) itu.

Sementara itu, Arteta yang dikatakan bakal menjadi pengurus baharu kelab dan difahamkan akan memuktamadkan (memilih) sendiri pasukan ataupun staff belakang tabir yang bertindak membantu beliau nanti.

Baca: Arsene Wenger Sokong Arteta.

Santi Cazorla, Robert Pires dan Xabi Alonso ketika ini turut dikaitkan dengan menjadi pembantu kepada Arteta dan dilihat mempu menyertai pasukan baru Arteta yang bakal dibina bersama dalam memulakan era baru Arsenal. 

Perubahan struktur Arsenal ini bermula pada 18 bulan lalu apabila mereka (Arsenal) mula melantik ketua hubungan bolasepak (head of football), Raul Sabllehi dan ketua pengambilan (head of recruitment), Sven Mislintat. 

Dan dalam struktur baru ini, Arteta akan bertindak selaku ketua jurulatih dan bakal bekerja bersama ketua pengambilan, Sven Mislintat dan ketua hubungan bolasepak Raul Sanllehi.

Post a Comment

Previous Post Next Post