Kehadiran Seri dan Meyer serta ketiadaan Ramsey dibawah Arteta musim depan

Bayangan skuad Arsenal dengan kehadiran Seri dan Meyer serta ketiadaan Ramsey dibawah Arteta musim depan. Kredit foto : Goal.com

Sejurus berakhirnya tugas Arsene Wenger bersama Arsenal pada perlawanan terakhir ketika menentang Huddesfields di Stadium John Smith Ahad lalu, perhatian kini semakin memuncak terhadap siapakah yang bakal menggantikan kekosongan tersebut.



Walaupun perpisahan tersebut diselubungi dengan penuh emosi, namun begitu Arsenal perlu segera mencari dan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wenger itu bagi memberi peluang kepada pengganti tersebut untuk melakukan persiapan awal dalam usaha membentuk pasukan yang mantap musim depan.

Dan ini juga selari dengan harapan tinggi peminat untuk melihat Arsenal kembali bangkit menjadi antara pasukan terkuat musim depan.

Ataupun sekurang-kurangnya mampu bersaing dan berada dikelompok empat pasukan teratas liga musim depan.

Sebelum ini harapan tinggi diletakkan oleh peminat Arsenal untuk melihat pengendali Juventus,  Massimo Allegri menggantikan Arsene Wenger namun akhirnya terpaksa dipadamkan kerana pengurus tersebut dikatakan lebih berminat untuk kekal bersama Juventus musim depan.

Selain itu, harapan tinggi turut diletakkan peminat untuk melihat bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique untuk mengemudikan Arsenal musim depan, pun begitu sekali lagi harapan itu terpaksa dilupakan dan dipadamkan kerana permintaan gaji yang dikatakan terlalu tinggi menjadi punca mengapa ianya tidak akan berlaku (tidak menjadi kenyataan).

Dan lebih memeritkan buat peminat Arsenal apabila beliau (Enrique) ketika ini kuat diperkatakan bakal menggantikan Antonio Conte di Chelsea bagi mengemudikan pasukan itu musim depan.

Disebalik nama-nama besar dan berpengaruh dikaitkan dengan Arsenal, akhirnya calon yang dikatakan hampir pasti menjadi pilihan pihak pengurusan adalah bekas pemain Arsenal  yang turut pernah menjadi kapten pasukan, Mikel Arteta.

Arteta ketika ini merupakan pembantu kepada Pep Guardiola di Manchester City dan masih belum mempunyai sebarang pengalaman selaku pengurus pasukan.

Namun Arsene Wenger dan Pep Guadiola sendiri mengakui bahawa Arteta mampu dan dilihat bersedia untuk menggalas tugas berat tersebut (menjadi pengurus Arsenal).

Malahan Guadiola sendiri 'merestui' pembantu beliau itu yang dianggap sebagai kawan untuk berpindah dan menyertai Arsenal selaku pengurus pasukan.

"Kejayaan yang dicapai kami musim ini dengan sumbangan yang diberikan Arteta sangat menakjubkan, kami bekerja bersama-sama dengan baik." jelas pengendali Manchester City, Guadiola.

"Jika beliau kekal, saya merupakan insan paling gembira didunia namun jika beliau membuat keputusan untuk berpindah (mendapat tawaran), saya tidak mampu menghalangnya."

"Saya mahukan yang terbaik buat kawan saya dan beliau adalah kawan saya."

"Jika beliau membuat keputusan untuk berpindah, saya sememangnya sedih. Namun saya memahami keputusan beliau itu kerana dibuat berdasarkan tuntutan karier beliau, masa depan beliau, keluarga beliau."

"Saya tidak berhak untuk menghalang beliau."



Formasi Arteta bersama Arsenal.

Seandainya Arteta merupakan individu yang menggantikan Wenger, Arsenal musim depan dilihat bakal bermain dengan formasi yang hampir sama dengan apa yang pernah Wenger lakukan pada awal musim ini iaitu dengan menggunakan tiga pemain pertahanan.

Menurut ramalan Football London, Arteta kemungkinan bakal menggunakan formasi 3-5-2 (wing-backs).

Arteta bakal menerima beberapa pemain baru bermula pada posisi penjaga gol dengan dijangkakan kemasukan Bernd Leno dari Bayer Leverkusen menggantikan Petr Cech.

Ketua Pengambilan - Head of recruitment,  Sven Mislintat dilaporkan sedia membawa penjaga gol tersebut pada jendela perpindahan yang baru dibuka semalam dan jika berjaya, Arsenal turut dikatakan bakal melepaskan David Ospina pada musim panas ini.

Baca: Pendedahan rancangan Mislintat pada jendela perpindahan musim panas.

Disamping itu, Mislintat turut dikatakan berusaha untuk membawa masuk pemain-pemain seperti berikut:
Posisi Pemain disasarkan Mislintat Umur Kelab Nilai
Penjaga Gol Bernd Leno 26 tahun Bayer Leverkusen £22 juta
Pertahanan Tengah Caglar Soyuncu 21 tahun Freiburg £35 juta
Pertahanan Tengah Sokratis Papastathopoulos 29 tahun Borussia Dortmund £17 juta
Pemain Tengah Max Meyer 22 tahun Schalke 04 Percuma
Pemain Tengah Jean-Michael Seri 26 tahun Nice, Perancis £35 juta
JUMLAH £109 juta

Dengan formasi 3-5-2 menggunakan wing-back, Arteta ketika ini memiliki pemain yang sesuai untuk digunakan pada wing-back iaitu Hector Bellerin dan Sead Kolasinac.

Namun pada bahagian pertahanan tengah yang mana beliau bakal menggunakan tiga pemain, Arteta mungkin mampu menggunakan seorang pemain baru yang bakal dimasuk oleh Mislintat iaitu Sokratis Papastathopoulos.

Dengan Mustafi yang tidak kosisten ketika ini dan Koscielny masih lagi dibelengu dengan kecederaan yang mungkin memaksa khidmat beliau jarang digunakan, Arteta mungkin menggunakan pemain pertahanan berpengalaman Dortmund itu (Sokratis) dan akan digandingkan bersama Chambers dan juga Monreal.

Disamping itu, Arteta turut memiliki pemain pertahanan (simpanan) alternatif seperti Konstantinos Mavropanos dan Rob Holding serta  Caglar Soyuncu (jika Mislintat berjaya membawa masuk pemain ini).
Barisan dan formasi ramalan daripada Football London dibawah kendalian Arteta.

Pada bahagian tengah pula, Arsenal dikatakan bakal memberi tumpuan dalam memperkukuhkan bahagian ini dengan pemain baru seperti Max Meyer dijangka dibawa masuk dan mampu digandingkan bersama Aaron Ramsey ataupun Granit Xhaka.

Dan jika Arsenal gagal mengikat dan melanjutkan kontrak Ramsey, kemungkinan pemain itu bakal dilepaskan pada jendela perpindahan nanti (dijual) dan ini bertujuan mengelakkan peristiwa Sanchez dan Ozil berulang kembali.

Serta Mislintat turut dikatakan bakal membawa masuk Jean-Micheal Seri bagi menggantikan pemain kebangsaan Wales itu.

Manakala Mesut Ozil dan Henrikh Mkhitaryan bakal diberikan kebebasan untuk bergerak dibelakang Pierre-Emerick Aubameyang pada jentera serangan serta Arteta masih mempunyai pilihan untuk menggunakan Alexandre Lacazette pada posisi tersebut.

Barisan kemungkinan bagi kesebelasan utama Arsenal dibawah kendalian Arteta menurut Football London. (3-5-2): Leno; Chambers, Sokratis, Monreal; Bellerin, Kolasinac, Meyer, Seri, Ozil, Aubameyang, Mkhitaryan.


Sebelum ini, dalam laporan Bagaimana Pengganti Arsene Wenger Menggunakan Pemain sedia ada dan formasi yang bakal digunakan, menceritakan dimana Arteta kemungkinan menggunakan formasi 4-3-3 seperti berikut.

Mikel Arteta, 36 tahun (fluid, control-based 4-3-3)

Walaupun sukar untuk mengagak corak dan kelebihan Arteta selaku pengendali pasukan, memandangkan beliau masih belum bergelar pengurus lagi.

Namun, mengambil kira beliau ketika ini berguru dengan Pep Guardiola, laporan itu mengandaikan seperti berikut dimana Arteta bakal menggunakan formasi yang hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh pengendali Manchester City itu  dengan 4-3-3.


Tidak seperti Enrique (merujuk kepada laporan: diatas) yang dapat menggunakan pemain sedia ada Arsenal pada jentera serangan, Arteta menurut laporan tersebut mengalami masalah dalam meletakkan pemain pada jentera serangan yang diterajui oleh Aubameyang dengan dibantu oleh Ozil dan seorang pemain penyerang baru.

Selain memerlukan seorang pemain tengah baru untuk digandingkan bersama Ramsey dan Wilshere serta seorang pertahanan baru untuk bergandingan bersama Koscielny.

Namun cerita laporan tersebut dibuat sebelum cerita mengenai pengambilan (rumors) pemain yang bakal dilakukan oleh Mislintat.

Serta masa depan Wilshere dan Ramsey kini masih menjadi tanda tanya bersama pasukan.

Dan jika Mislintat berjaya membawa masuk pemain-pemain seperti dikatakan itu, barisan Arsenal musim depan sudah tentu dilihat lebih mantap selain mempunyai beberapa pemain muda dan juga pemain senior yang lain (back up).

Anda mungkin mempunyai pandangan anda tersendiri. Kongsikan bersama kami.

Post a Comment

Previous Post Next Post