Arsenal dalam dilema mengenai pengganti kepada Arsene Wenger

Pihak pengurusan Arsenal dikatakan dalam dilema menentukan siapakah yang bakal menjadi penggant kepada Arsene Wenger.

Kredit gambar : Daily Star
Mengikut laporan daripada Telegraph, Arsenal kini berada dalam dilema bagi menentukan siapakah yang mereka mahukan sebagai pengganti kepada Arsene Wenger musim depan.



Laporan itu turut mendedahkan bahawa musim ini merupakan musim terakhir buat pengendali kelahiran Perancis itu mengemudi Arsenal tanpa mengira kejayaan (jika berjaya) merangkul kejuaraan Liga Europa.

Dan Ketua Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis bersama Raul Sanllehi (head of football relations) dan Sven Mislintat (head of recruitment) dilaporkan sedang mencari dan mengusahakan pengganti kepada Arsene Wenger.

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa 'director of football' Arsenal ataupun 'head of football  relations' Arsenal, Raul Sanllehi diberikan tugasan untuk mencari pengganti yang sesuai kepada Arsene Wenger dalam laporan : Benarkah dan Mampukah Raul Sanllehi Membentuk Arsenal 'Baru'?

Dan berdasarkan laporan daripada Telegraph itu, Sanllehi dikatakan berminat untuk membawa bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique.

Enrique (47 tahun) merupakan calon yang dikatakan menjadi pilihan Sanllehi. Kredit gambar : Deccan Chronicle
Manakala Ivan Gazidis pula dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Arsenal iaitu Mikel Arteta ataupun pengendali Celtic, Brendan Rodgers.

Arteta (36 tahun) menjadi pilihan Gazidis. Kredit gambar: Daily Express
Rodgers (45 tahun) juga dikatakan menjadi pilihan Gazidis. Kredit gambar: desporto.sapo.cv
Gazidis juga terpikat dan meminati pengurus Monaco, Leonardo Jardim yang dilihat beliau juga calon yang sesuai untuk dibawa ke Emirates musim depan.

Jardim (43 tahun) turut menjadi pilihan Gazidis. Kredit gambar : Daily Trust
Namun berlainan pula dengan calon yang mahu dibawa masuk oleh Sven Mislintat.

Mislintat yang dikenali dengan gelaran 'Diamond Eye' ini dikatakan berminat untuk membawa masuk pengendali muda kelab Hoffenheim iaitu Julian Nagelsmann ataupun pengendali Shalke Domenico Tedesco.

Nagelsmann (30 tahun) menjadi pilihan utama Mislintat. Kredit gambar :Daily Star
Tedesco (32 tahun) turut menjadi pilihan Mislintat. Kredit gambar : Zimbio
Boleh dikatakan Mislintat lebih memilih untuk bekerjasama dengan pengurus muda dan mempunyai kaitan dengan Jerman.

Manakala Gazidis dan Sanllehi pula dilihat lebih ke arah pengurus yang mempunyai 'nama' ketika ini melainkan Arteta yang dilihat satu-satunya calon yang masih belum bergelar pengurus pasukan. 



Siapakah pilihan anda berdasarkan senarai diatas yang menjadi pilihan anda?

Luis Enrique
Mikel Arteta
Brendan Rodgers
Leonardo Jardim
Julian Nagelsmann
Domenico Tedesco
Created with SurveyMaker

Post a Comment

Previous Post Next Post