Perkembangan menarik 2 pemain muda berbakat Arsenal

Arsenal coach Ryan Garry (right) helped nurture Reiss Nelson's talent from Under-14 level. Credit photo : Premier League

Dua pemain muda berbakat Arsenal yang paling meningkat ketika ini menerima 'ganjaran' hasil usaha mereka dalam mempamerkan prestasi menarik musim ini apabila seorang daripada meraka menerima satu anugerah penghargaan dan seorang lagi menerima panggilan menyertai skuad U21 England.



Dua hari lalu, Reiss Nelson telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris 2 (PL2) diatas peranan cemerlang beliau dalam membantu skuad U23 Arsenal muncul Juara PL2.


Beliau berjaya menjaringkan sembilan gol dalam saingan PL 2 serta tiga bantuan gol berjaya dihasilkan beliau.

Kecemerlangan beliau dalam skuad U23 Arsenal itu turut menyebabkan khidmat beliau digunakan bersama skuad senior (utama) Arsenal dalam beberapa kejohanan domestik dan Eropah.

Rekod penampilan Nelson musim ini (2017/18)
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol Kad Kuning Kad Merah
Premier League 2 11 9 3 2 -
Europa League 8 - - 1 -
Premier League 3 - - - -
EFL Cup 3 - - - -
Community Shield 1 - - - -
FA Cup 1 - - - -
JUMLAH 27 9 3 3 -

Rekod mengikut posisi:
Posisi dimainkan Penampilan Gol Bantuan Gol
Right Midfield 8 2 -
Attacking Midfield 7 6 2
Right Wing 3 - -
Left Wing 3 - -
Centre-Forward 1 1 1



Pencapaian cemerlang Nelson serta penghargaan yang diterima pemain tersebut (Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris 2) turut menerima pujian daripada head foundation phase coach ArsenalRyan Garry yang pernah membimbing pemain itu pada peringkat 14 tahun.

"Saya menyertai Arsenal dan ketika itu dia berada bersama skuad U14" jelas Garry sebagaimana dipetik daripada laman Premier League.

"Dia sememangnya seorang yang memiliki banyak potensi."

"Semangatnya sangat hebat, setiap kali saya melihatnya tidak kira sama ada dalam sesi latihan ataupun ketika perlawanan."

"Menang, kalah atau seri, dia hanya mahu menjadi yang terbaik. Dia menunjukkan keberanian sebenar dalam cara dia bermain. "

"Sangat gembira untuk melihatnya memenangi anugerah itu,"

"Dia sememangnya layak untuk anugerah itu dan terdapat ramai pelatih dari Hale End (akademi Arsenal) yang telah memainkan peranan dalam membantu dia untuk berada pada tahap ini ketika ini."

"Saya sangat bangga. Reiss, bersama beberapa pemain lain tahun ini, bukan sahaja membuat debutnya, tetapi dia turut beraksi dengan minit permainan yang menarik dalam saingan Liga Perdana, Liga Europa, Piala FA dan juga Piala Carabao."

Nelson menewaskan enam calon lain sebelum dinobatkan selaku Pemain Terbaik PL2, termasuklah rakan sepasukan beliau di Arsenal iaitu Eddie Nketiah.

Manakala lima calon lain adalah, Tyrese Campbell (Stoke City), Rushian Hepburn-Murphy (Aston Villa), Lukas Nmecha (Manchester City), Joseph Nuttall (Blackburn Rovers) dan Harry Wilson (Liverpool).

Nketiah sertai skuad U21 England. Kredit foto : Goal.com
Eddie Nketiah walaupun tewas kepada Nelson, namun bakat dan prestasi cemerlang beliau itu turut menerima 'penghargaan' apabila dipanggil buat kali pertama untuk menyarung jersi U21 England.

Eddie Nketiah has received his first call-up to the England Under-21 squad for this summer's Toulon Tournament. - Arsenal

Pengendali skuad U21 England, Aidy Boothroyd telah memanggil pemain berusia 18 tahun Arsenal ini untuk menyertai kejohanan Toulon selepas pemain muda The Gunners ini merekodkan pencapaian yang menakjubkan bersama skuad U19 England.

Nketiah telah menjaringkan lapan gol dalam lapan perlawanan untuk skuad U19 England setakat ini.

Aksi cemerlang beliau bersama skuad utama Arsenal juga tidak dapat dilupakan apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Norwich City dalam saingan Piala Carabao selain berjaya membuat debutnya dalam Liga Perdana dan juga Liga Europa.

Selain Nketiah, Ainsley Maitland-Niles juga berada di skuad England dengan perlawanan pertama skuad The Young Lions akan berdepan skuad China pada perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Toulon 2018.

Mexico dan Qatar turut berada dalam kumpulan sama (Kumpulan A) bersama England dan China bagi kejohanan ini yang bakal berlangsung pada 26 Mei ini.

Baca: Sejarah Ringkas Kejohanan Toulon.

KUMPULAN A : KEJOHANAN TOULON
Pos Team Pld W D L GF GA GD Pts Qualification
1 China PR 0 0 0 0 0 0 0 0 Advance to knockout stage
2 England 0 0 0 0 0 0 0 0 Possible knockout stage
3 Mexico 0 0 0 0 0 0 0 0
4 Qatar 0 0 0 0 0 0 0 0

Jadual Perlawanan Bagi Kumpulan A:
Tarikh Perlawanan
26 May 2018 England v China
Qatar v Mexico
29 May 2018 China v Qatar
Mexico v England
1 June 2018 China v Mexico
England v Qatar

12 Pasukan yang terlibat dalam kejohanan ini :
AFC Penyertaan CONCACAF Penyertaan UEFA Penyertaan CAF Penyertaan
China Kali ke-12 Kanada Kali Pertama England Kali ke-20 Togo Kali Pertama
Jepun Kali-13 Mexcio Kali ke-24 Perancis Kali ke-41
Qatar Kali ke-5 Portugal Kali ke-29
Korea Selatan Kali ke-5 Scotland Kali ke-9
Turki Kali ke-5

Post a Comment

Previous Post Next Post