Arsene Wenger beri sokongan jika Arteta dilantik menjadi pengganti beliau

Wenger sokong jika Arteta dilantik menjadi pengganti beliau. Kredit foto :Ghanasoccernet.com

Dua hari yang lalu, Arsene Wenger dalam satu temubual bersama BeIN Sport, mengatakan bahawa Mikel Arteta mempunyai semua kualiti yang diperlukan untuk mengambil alih tempat beliau di Arsenal.



Kekosongan tempat ataupun jawatan yang ditinggalkan Wenger bersama Arsenal terus mendapat perhatian terutamanya peminat dan penyokong Arsenal.

Desas-desus mengenai Mikel Arteta yang bakal menggantikan beliau turut mendapat respon daripada peminat dan penyokong dan tidak keterlaluan untuk mengatakan respon yang diterima setakat ini lebih kepada 'negatif' berbanding positif.


Selain penyokong dan peminat yang mengeluarkan pendapat masing-masing, bekas pengendali Arsenal yang baru mengosongkan tempat tersebut, Arsene Wenger turut memberikan respon mengenai isu perlantikan (calon utama) Arteta sebagai pengganti beliau.

Dalam temubual bersama rangkaian Media Al Jazeera (BeIN Sport), Wenger telah menyokong bekas pemain dan kapten Arsenal itu dan menegaskan bahawa Arteta merupakan salah seorang calon utama untuk jawatan tersebut.

Wenger yang sedikit lebih terbuka dalam mengeluarkan pendapat ketika bercakap dengan media luar (luar dari England), menyifatkan bekas pemain yang kini menjadi penolong kepada Pep Guardiola di Manchester City, sebagai seorang yang layak serta memilikki semua kualiti yang diperlukan untuk mengendalikan Arsenal.

"Dia mempunyai semua kualiti untuk melakukan pekerjaan itu, dan saya fikir dia adalah salah seorangan calon utama untuk jawatan tersebut."

"Dia seorang pemimpin dan dia mempunyai minat serta semangat yang tinggi dalam bolasepak, dan juga dia mengenali kelab dengan baik, dia tahu apa yang penting di kelab dan dia adalah bekas kapten kelab. Kenapa Tidak? "

Kekurangan pengalaman Arteta dalam membimbing dan mengurus sebuah pasukan menjadi isu utama bagi sesetengah pihak, namun Wenger menegaskan dimana terdapat beberapa individu (coaching staff) di kelab yang mampu membantu dan mengimbangi kekurangan Arteta itu.

"Saya tinggalkan beberapa individu berpengalaman di belakang saya (di Arsenal ketika ini), orang yang bersama saya seperti Steve Bould yang mempunyai enam tahun pengalaman, dan juga Jens Lehmann."

"Dia juga merupakan pembantu Guardiola, jadi secara keseluruhan saya fikir dia mempunyai kualiti," jelas bekas pengurus Arsenal ketika membicarakan mengenai penolong jurulatih Manchester City ketika ini.

"Saya tidak mahu mempengaruhi orang ramai kerana bagi saya, saya percaya bahawa adalah penting untuk mereka memilih secara objektif dan setelah mereka membuat keputusan, saya akan menyokong mereka."

*objektif disini bermaksud tidak dipengaruhi oleh perasaan peribadi, tafsiran, atau prasangka; berdasarkan fakta; tidak berat sebelah

Post a Comment

Previous Post Next Post