Chelsea tiada pilihan

Enrique berharap beliau mampu sertai Chelsea. Kredit foto : express.co.uk 

Luis Enrique berharap mampu menjadi pengurus Chelsea selepas Maurizio Sarri mengadakan rundingan bersama Napoli.



Sebelum ini, pengendali Napoli itu (Sarri) dikatakan menjadi pilihan utama Chelsea untuk menggantikan Antonio Conte.

Namun menurut sumber dari Itali (dipetik dari Telegraph), mereka mendakwa bahawa Sarri telah pun berjumpa dan berunding bersama presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis Rabu lalu.

Dan difahamkan rundingan tersebut berjalan lancar serta dijangkakan bahawa beliau bakal menandatangani kontrak baru bersama kelab tersebut.

Chelsea yang dikaitkan dengan Sarri dan juga Enrique sebagai calon utama yang bakal menggantikan Conte musim depan, kini mempunyai Enrique sahaja sebagai calon tunggal (available) jika Sarri  sah menandatangani kontrak baru bersama Napoli.

The Blues turut terlepas untuk mendapatkan bekas pengendali Dortmund, Thomas Tuchel yang kini sah membimbing PSG musim depan.
Perkembangan itu menyaksikan hanya Luis Enrique sahaja yang dilihat calon terbaik yang tinggal buat Chelsea ketika ini memandangkan sukar buat mereka untuk memujuk seorang lagi calon yang dikatakan menjadi pilihan mereka sebelum ini iaitu Mauricio Pochettino yang setia bersama Spurs.

Jika Sarri menandatangani kontrak baru bersama Napoli, peluang Enrique untuk kembali ke arena pengurusan bolasepak semakin cerah dengan Chelsea tidak mempunyai banyak pilihan yang tinggal.

Sebelum ini Chelsea menggantungkan rundingan bersama Enrique kerana pemintaan gaji yang terlalu tinggi dibuat bekas pengendali Barcelona itu.

Senarai gaji pengurus yang dikatakan berada dalam senarai Chelsea untuk menggantikan Conte termasuklah gaji Conte itu sendiri.

Calon-calon Kelab Gaji € Gaji £
Antonio Conte Chelsea 13 juta 11.4 juta
Mauricio Pochettino Tottenham 6.5 juta 5.7 juta
Maurizio Sarri Napoli 8.1 juta £7 juta
Max Allegri Juventus 13 juta 11.4 juta
Leonardo Jardim AS Monaco 11 juta 9.6 juta
Luis Enrique - 17.2 juta £ 15 juta
* dari sumber Goal
Masalah besar yang dihadapi Chelsea jika memecat Conte adalah dimana mereka terpaksa membayar pampasan berjumlah £9 juta (10.3 juta) kepada pengurus itu jika mahu menggantikan nya dengan pengurus lain.

Kontrak Conte bersama Chelsea bakal berakhir pada Jun 2019 (setahun lagi ataupun semusim lagi).

Pihak pengurusan Chelsea berharap mereka dapat mencapai persetujuan bersama (mutual) Conte dalam menamatkan khidmat pengendali kelahiran Itali itu, namun Conte tetatp berkeras mahu meneruskan tugas beliau sehingga kontraknya berakhir dan hanya akan meninggalkan pasukan itu jika dipecat.

Mampukah Luis Enrique menyertai Chelsea...? Dan sanggupkah Chelsea memenuhi tuntutan gaji Enrique?

Post a Comment

Previous Post Next Post