Falsafah bolasepak Arteta

Falsafah bolasepak Arteta. Kredit foto :The Telegraph

Mikel Arteta dedahkan pengaruh, falsafah dan gaya permainan yang beliau akan terapkan bersama Arsenal.



Ketika ini, nama Mikel Arteta telah menjadi pilihan utama untuk menggantikan Arsene Wenger di Arsenal selepas pengendali Juventus, Massimo Allegri tidak lagi dikaitkan bersama pasukan ini.

Prospek melantik Arteta, seorang yang tidak pernah mengurus mana-mana pasukan sebelum ini mencetuskan persepsi yang kurang senang dikalangan penyokong dan peminat Arsenal.

Dengan ramai percaya bahawa beliau (Arteta) tidak layak untuk menggantikan Arsene Wenger dan masih belum bersedia untuk mengemudikan Arsenal ketika ini.

Bekas kapten Arsenal ini, meninggalkan Emirates dua tahun lalu setelah bersara sebagai pemain bolasepak dan semenjak itu beliau bekerja sebagai penolong kepada Pep Guardiola di Manchester City.

Walaupun Arteta menerima pujian dan sokongan daripada Guardiola namun peminat Arsenal tetap tidak begitu yakin bahawa beliau adalah individu yang tepat untuk menggalas tugas tersebut lebih-lebih dengan kemerosotan Arsenal ketika ini.

Persoalan yang timbul, mampukah Arteta mengangkat kembali Arsenal dan membawa ataupun menjadikan Arsenal kembali digeruni?

Ramai yang meragui kemampuan Arteta lebih-lebih lagi apabila tidak jelas dan mengetahui apakah falsafah dan corak bolasepak yang akan diperkenalkan beliau bersama Arsenal nanti (jika benar menjadi pengurus pasukan).



Pun begitu, sesuatu yang menarik mengenai Arteta ini adalah beliau pernah menceritakan dan memberi pandangan yang menarik mengenai bagaimana cara beliau akan bertindak sebagai pengurus dalam satu temubual yang diterbitkan pada laman Arsenal sebelum beliau bersara pada tahun 2016.

Dalam temubual tersebut beliau telah menerangkan bagaimana pasukan beliau akan dibina dan dibentuk untuk menghiburkan (lebih kurang sama macam Wenger).

"Falsafah saya sangat jelas," katanya. 

"Saya mahu bolasepak menjadi ekspresif, menghiburkan. Saya tidak boleh mempunyai konsep bolasepak di mana semuanya berdasarkan pihak lawan."

*ekspresif : mampu atau dapat melahirkan apa yang ingin diterjemahkan,perbuatan yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas. - kamus dewan bahasa dan pustaka.

"Kita perlu menentukan permainan, kita mesti menjadi orang yang mengambil inisiatif, dan kita perlu menghiburkan orang yang datang untuk menonton kami. Saya 100 peratus yakin perkara itu, dan saya fikir saya dapat melakukannya. "

"Adalah penting untuk menganalisis pemain anda kerana anda tidak boleh selalu bermain dengan cara yang sama."

"Perlu ada butiran yang berbeza dan perubahan dalam cara anda mendekati sesuatu dan anda perlu melihat bagaimana anda boleh menyakiti (mencederakan) siapa yang anda mainkan."

"Adakah ada sesuatu yang mereka tidak suka lakukan? Jika demikian, kami akan membuat mereka melakukan banyak perkara."

"Kemudian perkara yang paling penting bagi pengurus ialah, hari Jumaat sebelum perlawanan, anda bayangkan apa yang akan berlaku pada hari Sabtu."

"Dan jika apa yang berlaku pada hari Sabtu bukan apa yang saya harapkan (rancangkan), maka itu tidak cukup baik dari saya (gagal melakukan yang terbaik)."

Mungkin ada yang beranggapan bahawa jika Arteta menjadi pengurus Arsenal, beliau masih mempunyai hubungan baik diantara pemain-pemain Arsenal yang pernah menjadi rakan sepasukan beliau dahulu (ketika bersama Arsenal).

Lebih-lebih lagi, beliau hanya dua tahun meninggalkan Arsenal dan sudah tentu kebanyakkan pemain (sedia ada) sekarang merupakan teman-teman seperjuangan beliau dahulu.

Tempoh 2 tahun yang ditinggalkan Arteta bersama Arsenal mengundang persepsi bahawa beliau tidak akan dihormati oleh pemain-pemain Arsenal nanti. Kredit foto: 101 Great Goals
Dan ini memberi tanggapan bahawa beliau sukar untuk dihormati pemain-pemain tersebut selaku pengurus pasukan.



Namun apabila ditanya dan membincangkan soal pengurusan dalam temubual tersebut, Arteta dengan jelas mencadangkan mengenai kuasa yang ada untuk digunakan beliau bagi mengelakkan perkara tersebut terjadi.

"Saya akan menuntut kesemua pemain untuk memberikan 120 peratus komited," katanya. 

"Itulah perkara pertama. Jika tidak, anda tidak akan bermain untuk saya."

"Masa bekerja adalah masa untuk bekerja, dan ketika tiba masa untuk berhibur dan bersenang-senang maka saya adalah orang pertama yang melakukannya, tetapi komitmen itu penting."

Arteta menghabiskan lima musim bermain di bawah kendalian Wenger dan beliau mengiktiraf bekas pengendali Arsenal itu sebagai jurulatih yang sangat mempengaruhi bagaimana cara beliau akan bekerja di masa depan.

Arteta menganggap Wenger banyak mempengaruhi beliau. Kredit foto : Football365


Read more at https://www.arsenal.com/news/features/20150325/-my-dream-was-to-play-for-arsenal-#LOjHvdr0cM9TMLBU.99
One is Arsène Wenger, of course - he has a philosophy that he’s never going to change because he really believes in it. That is the most important thing, because if you don’t really believe in something then you’ll just change it after one bad result and drive your players crazy. - Arteta.

Beliau turut menjelaskan seorang lagi pengurus yang banyak mempengaruhi corak dan cara beliau bekerja satu hari nanti adalah pengurus yang mana beliau bekerja ketika ini iaitu Guardiola.

Guardiola merupakan pengurus yang diminati Arteta dan beliau mengenali pengurus tersebut semenjak berusia 15 tahun lagi. Kredit foto : Sky Sports
"Cara beliau melihat bolasepak sentiasa ke depan, dan seterusnya, terus bertambah baik," 

Disamping itu juga, beliau turut mengatakan bahawa pengurus Spurs ketika ini juga banyak memberi pengaruh kepada cara kerja beliau ketika menjadi seorang pengurus nanti.

"Saya telah mengagumi Pochettino semenjak saya muda, beliau benar-benar menjaga saya ketika saya berada di PSG juga. " - Arteta. Kredit foto : Offside via Daily Mail
"Kemudian Mauricio Pochettino, beliau merupakan kapten saya ketika di PSG dan saya tahu bahawa beliau akan menjadi seorang pengurus satu hari nanti."

"Beliau telah mengambil banyak pengaruh dari Marcelo Bielsa, yang merupakan jurulatihnya ketika bersama Argentina; mereka sering bercakap banyak perkara, dan sekarang anda dapat melihat bagaimana pasukan beliau benar-benar agresif, ketika menyerang dan bertahan."

"Beliau mengambil banyak risiko, para pemain gembira bermain bersama beliau, keputusan beliau selalunya baik dan beliau juga mempunyai personaliti yang baik."

Secara rumusannya dapat dikatakan bahawa Arteta bakal membawa falsafah bolasepak hasil gabungan tiga pengurus yang banyak mempengaruhi beliau seperti Arsene Wenger, Pep Guardiola dan Mauricio Pochettino.

Menarik bukan? Dan pendedahan Arteta ini buat atau diterbitkan pada laman Arsenal bertarikh 25 Mac 2015.

Penulis merasakan pihak Arsenal sengaja menghantar Arteta ke Manchester City bagi menuntut ilmu sebelum mengambil beliau kembali (sebagai pengurus - jika benar dilantik). 😂 😂 😂

Post a Comment

Previous Post Next Post