Fenerbahce berminat dapatkan Ospina

Fenerbahce berminat dapatkan Opsina. Kredit foto : Fotomac 

Media Turki, Fotomac melaporkan Fenerbahce berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Arsenal, David Ospina.




Penjaga gol kebangsaan Colombia ini dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi Turki pada musim panas lalu sebelum kelab Turki itu menandatangani Carlos Kameni dari Malaga.

Bagaimanapun menurut laporan terkini daripada Fotomac, mereka telah mendakwa bahawa pihak pengurusan Fenerbahce telah mengenal pasti Ospina sebagai sasaran untuk dibawa masuk musim depan pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Ospina menjadi pilihan utama Fenerbachce, setelah Volkan Demirel dilaporkan mungkin akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini dan penjaga gol kebangsaan Colombia ini merupakan calon utama untuk menggantikan penjaga gol berusia 36 tahun itu.

Mereka turut melaporkan dimana Arsenal telah menetapkan nilai Ospina pada sekitar €3 juta dan turut mendakwa bahawa Fenerbahce berminat untuk menyelesaikan urusan perpindahan ini sebelum Kejoahanan Piala Dunia 2018 bermula.

Musim ini (2017/18) menyaksikan Ospina masih gagal menjadi pilihan utama dengan khidmat beliau lebih banyak digunakan selaku pemain kedua selepas Petr Cech.

Difahamkan Ospina mahukan lebih banyak beraksi dan mahu menjadi pemain utama yang lebih kerap beraksi dalam saingan setelah hanya membuat 21 penampilan secara keseluruhan bersama Arsenal musim ini dengan hanya lima kali sahaja dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kontrak penjaga gol kedua Arsenal ini bakal berakhir pada Jun 2019 dan perkembangan ini dilihat tidak mustahil buat Arsenal melepaskan Ospina.

Post a Comment

Previous Post Next Post