Wilshere bakal ke Perancis?

Wilshere bakal ke Perancis? Kredit foto : Evening Standard

Kontrak pemain tengah Arsenal, Jack Wilshere bakal berakhir pada musim panas ini (Jun 2018) dan hingga ke saat ini beliau masih tidak menandatangani kontrak baru untuk melanjutkan (kekal) di kelab.




Pemain berusia 26 tahun itu gagal menjadi pemain pilihan dalam barisan permulaan Arsenal bagi saingan Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 dan hanya membuat 12 penampilan sahaja (bermula dalam kesebelasan utama) daripada  20 penampilan secara keseluruhannya.

Dan daripada jumlah keseluruhan itu, beliau hanya bermain penuh (90 minit) untuk 10 perlawanan sahaja bagi musim 2017/18.

Saingan Penampilan Gol Dijaringkan Bantuan Gol Bermula dalam
kesebelasan utama
Sebagai pemain
gantian (masuk)
Dikeluarkan Minit
Permainan
Premier. League 20 1 3 12 8 2 1187'
Europa League 13 1 3 12 1 4 1030'
League Cup 5 0 - 5 0 2 441'
U23 PL Div.1 2 0 1 2 0 1 137'
JUMLAH 40 2 7 31 9 9 2795'

Dengan penampilan yang kurang dalam kesebelasan utama Arsenal, Gareth Southgate (pengurus pasukan kebangsaan England) turut tidak menyenaraikan beliau dalam skuad 23 orang pemain England bagi menghadapi kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Kredit infografik : Citinewsroom
Dan Wilshere melalui media sosial miliknya telah meluahkan rasa kekecewaannya akibat tidak disenaraikan dalam skuad England yang akan berdepan Tunisia pada 19 Jun ini bagi perlawanan pertama peringkat pusingan.
Walaupun kecewa dengan keputusan Southgate itu, namun Wilshere tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh pengendali pasukan England itu sambil mendoakan kejayaan buat pasukan tersebut di Kejohanan Piala Dunia nanti.
Kini menurut akhbar Perancis, L'Equipe, kekecewaan yang dialami Wilshere itu mungkin membuatkan pemain tengah Arsenal ini beralih meninggalkan England pada musim depan.



Paris Saint-Germain (PSG) muncul sebagai 'destinasi' yang mungkin bakal disertai Wilshere pada musim panas ini setelah Pengarah Sukan PSG, Antero Henrique telah ditawarkan ataupun diberikan peluang untuk menandatangani Wilshere oleh wakil pemain (ejen Wilshere) pada dua hari lalu.

Petikan laporan L'Equipe bertarikh 19 Mei 2018.
Kedudukan skuad PSG ketika ini mungkin memerlukan khidmat Wilshere ataupun pemain tengah yang baharu setelah Thiago Mota mengumumkan keputusannya untuk bersara, manakala Lassana Diarra, 33 tahun tidak boleh dimasukkan dalam rancangan jangka panjang PSG.

L'Equipe tidak menyatakan mengenai kemungkinan perpindahan Wilshere terjadi dengan jelas dan pengendali pasukan tersebut yang baru dilantik, Thomas Tuchel mungkin akan membuat keputusan akhir mengenai tawaran ini.

Melihatkan situasi ini dimana wakil Wilshere (ejen pemain ini) yang membuat tawaran kepada PSG kemungkinan besar untuk Jack Wilshere meninggalkan Arsenal turut tinggi.

Petikan laporan L'Equipe:
En fin de contrat à Arsenal, Jack Wilshere (26 ans), non convoqué pour le Mondial, se verrait bien un avenir en France. Apparu à 40 reprises cette saison, le milieu anglais a notamment été proposé ces dernières heures à Antero Henrique, le directeur sportif du PSG. Si les arbitrages en termes de recrutement doivent être faits dans les prochains jours avec Thomas Tuchel, le futur entraîneur, le dossier a, en l'état, très peu de chances d'aboutir.

Google translate:
At the end of the contract at Arsenal, Jack Wilshere (26), not convened for the World Cup, would see a future in France. Appeared 40 times this season, the English environment has been proposed in recent hours in Antero Henrique, the sports director of PSG. If recruitment decisions are to be made in the coming days with Thomas Tuchel, the future coach, the record has, as it stands, very little chance of success.

Post a Comment

Previous Post Next Post