Kali ini kita terjah disebalik misteri Highbury itu sendiri yang dikatakan roh atau entiti yang menghantui Stadium Highbury ini. Beberapa orang yang berkata ia adalah roh bekas pengurus Arsenal yang berpengaruh iaitu Herbert Chapman.
misteri Herbert Chapman : image google
Siapakah Herbert Chapman
Herbert Chapman lahir pada 19 Januari 1878 di Kiveton Part, Yokshire, England. Bapanya John merupakan pekerja perlombongan yang banyak menghabiskan masa bekerja di tapak perlombongan.
Pada umur yang masih muda Herbert telah merebut tempat di Sheffield Technical College kini (University of Sheffield) melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan perlombongan.
Herbert merupakan anak kelima dari sebelah adik beradik. Dua orang adik beradiknya juga turut meminati bola sepak, namun adiknya Harry lebih berjaya dengan menyertai The Wednesday pada awal 1900-an, memenangi dua kejuaraan League Championships dan FA Cup.
Abangnya Thomas bermain untuk Grimsby Town bersama saudara mereka iaitu Matthew kemudiannya Thomas menjadi pengarah kelab yang sama.
Perjalanan Karier Herbert Chapman
Wembley discussion . Arsenal Manager Herbert Chapman : image from The Guardian
Penampilan Herbert sebagai pemain bola sepak tidaklah berjaya sepanjang 13 tahun dari 1896 hingga 1909. Tiada sebarang kejuaraan dan beliau sendiri kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Namun Herbert Chapman sebagai pengurus betul-betul menaikkan nama beliau untuk lebih dikenali. Menjadi pengurus buat pasukan Northampton Town antara 1907 - 1912, beliau berjaya membawa pasukan ini menjuarai Southern League.
Dengan kejayaan ini banyak menarik perhatian dari beberapa kelab, kemudian Herbert menyertai Leeds City. Selepas perang dunia pertama tamat, Leeds City terlibat dengan pembayaran wang haram dan membawa kepada pembubaran kelab dan Herbert turut diharamkan dari bola sepak namun berjaya dalam rayuan selepas itu.
Pada 1921 Herbert mengambil alih jawatan pengurus di Huddersfield Town, di sini beliau membawa pasukan memenangi FA Cup dan dua kejuaraan ' First Division ' dalam tempoh 4 tahun.
Herbert Chapman dan Arsenal
who was Herbert Chapman : image by Arsenal Kerala Supporters Club
Arsenal telah membawa Herbert Chapman sebagai pengurus Arsenal yang baru pada 1925. Pada musim 1929 Herbert telah berjaya membawa FA Cup pertama untuk Arsenal dan kemudian dua kejuaraan liga pada musim 1930/1931 dan 1932/1933.
Hasil falsafah Herbert di Arsenal menjadikan Arsenal sebuah pasukan yang dominan pada era 1930-an dengan lima kejuaraan liga dimenangi Arsenal. Namun saat mengecewakan seluruh peminat Arsenal pada waktu itu apabila kematian mengejut Herbert Chapman pada 6 Januari 1934 akibat penyakit pneumonia pada usia beliau 55 tahun.
Kematian Herbert Chapman
End of the road : Herbert Chapman died of pneumonia aged just 55 : image Daily Mail
Herbert Chapman dilihat merayakan sambutan tahun baru di London sebelum meneruskan perjalanan ke utara untuk melihat Bury menentang Notts Country pada 1 Januari 1934. Keesokan harinya beliau pergi ke Yorkshire untuk menonton perlawanan Sheffield Wednesday, dan seterusnya Arsenal sebelum menghabiskan malam terakhir di kediamannya di Kiveton Park. Dia kemudiannya kembali ke London untuk menonton perlawanan Arsenaa menentang Guildford City.
Dan tidak lama kemudian beliau diserang sakit pneumonia, kali ini lebih teruk dan meninggal dunia. Beliau dikebumikan empat hari kemudian di St Mary's Churchyard, Hendon, London.
Herbert Chapman meninggalkan balu Annie, dua anak lelaki, Ken (lahir pada 1908) dan Bruce (lahir pada 1911) dan dua orang anak perempuan Molly (lahir pada 1915) dan Joyce (lahir pada 1919).
Ken merupakan pemain Ragbi pasukan Harlequins dan selepas itu menjadi Presiden Kesatuan Bola Sepak Ragbi England .
Kisah Hantu ?
Seperti mana di beberapa tempat sudah pasti mempunyai beberapa cerita kurang enak, begitu juga di Highbury sendiri.
Pelbagai cerita misteri berlegar oleh penyokong dan masyarakat setempat. Paling menarik adalah cerita mengenai roh Herbert Chapman berkeliaran dan roh seekor kuda yang mati semasa pembinaan stadium tersebut.
Pada sebelah malam pula sering dikatakan akan terdengar suara-suara aneh, bau busuk seperti bangkai dan yang paling menyeramkan adalah suara soarakan seolah-olah sedang berlangsung sebuah perlawanan.
Adanya cerita yang kedengaran itu ia adalah beberapa siri cerita misteri melibatkan beberapa stadium di England seperti contoh di Sunderland dan juga Liverpool sendiri. Namun kini stadium yang menjadi saksi kegemilangan Arsenal menempa nama dan kejuaraan telah diubah suai menjadi kediaman.
Two dead souls were said to have made a home for themselves at Arsenal’s previous stadium, before the demolition into luxury apartments. The ghosts in question are that of former Arsenal manager Chapman and a horse that died during the construction of the building. No harm ever came to fans or staff at the club during the time of the claims… but will the spirits emerge at the Emirates Stadium in years to come? - Daily Mirror.