![]() |
Rekaan - design jersi Arsenal jika masih menggunakan jenama Puma bagi musim depan menurut Foot Headlines |
Laman Footy Headlines tidak pernah mengecewakan dalam 'membongkar' jersi-jersi pasukan yang bakal diperkenalkan pada musim baru.
Dan sudah pastinya kita semua tertarik dengan perkembangan JERSI Arsenal musim depan.
Selain rekaan daripada PUMA, turut diperkatakan adalah mengenai jenama yang bakal menjadi penaja utama jersi Arsenal musim depan dengan ADIDAS kuat dikaitkan bakal menggantikan PUMA.
7 Ogos 2017, akhbar Inggeris The Mirror melaporkan bahawa Arsenal sedang mempertimbangkan untuk melakukan pertukaran mega terhadap kit (jersi) dengan menggantikan jenama ataupun 'brand' PUMA kepada ADIDAS.
Arsenal menandatangani perjanjian £30 juta setahun bersama PUMA pada tahun 2014 selama lima tahun sehingga 2019, namun nilai tersebut jika dibandingkan dengan pesaing lain seperti Chelsea dan Manchester United jauh lebih rendah.
Nilai tajaan tersebut menjadikan Arsenal kini menduduki tangga ketiga daripada senarai kelab-kelab Liga Perdana Inggeris yang menerima tajaan daripada pengeluar produk sukan bagi kategori jersi (kit) dengan didahului oleh Manchester United.
Senarai TOP 10 Pasukan Menerima Tajaan Daripada Pengeluar Jersi.
Pasukan | Jenama | Nilai Tajaan Setahun (£ /juta) |
Dari | Hingga | Nilai Tajaan Setahun (€/juta) |
Nilai Tajaan Setahun ($/juta) |
---|---|---|---|---|---|---|
Manchester United | Adidas | 75 | 2015 | 2025 | 86.6 | 97.3 |
Chelsea | Nike | 60 | 2017 | 2032 | 69.3 | 77.8 |
Arsenal | Puma | 30 | 2014 | 2019 | 34.6 | 38.9 |
Liverpool | New Balance | 28 | 2012 | 2018 | 32.3 | 36.3 |
Tottenham | Nike | 25 | 2017 | 28.9 | 32.4 | |
Manchester City | Nike | 12 | 2013 | 2019 | 13.9 | 15.6 |
Everton | Umbro | 5 | 2014 | 2019 | 5.8 | 6.5 |
Southampton | Under Armour | 4 | 2016 | 2023 | 4.6 | 5.2 |
Sunderland | Adidas | 4 | 2014 | 2020 | 4.6 | 5.2 |
West Ham | Umbro | 4 | 2015 | 2020 | 4.6 | 5.2 |
ADIDAS musim lalu tewas kepada NIKE dalam 'perebutan' untuk menaja pasukan Chelsea dengan menyaksikan pengeluar produk dan pakaian sukan Amerika itu (NIKE) mengukuhkan kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris selepas berjaya menawan Tottenham dan Manchester City sebelum ini.
Manakala ADIDAS ketika ini hanya mempunyai tiga kelab Liga Perdana Inggeris di bawah kontrak mereka iaitu Manchester United, West Bromwich dan Watford.
Senarai penaja jersi pasukan Liga Perdana Inggeris musim 2017/18.
Team | Kit Sponsor |
---|---|
AFC Bournemouth | Umbro |
Arsenal FC | Puma |
Brighton & Hove Albion | Nike |
Burnley FC | Puma |
Chelsea FC | Nike |
Crystal Palace FC | Macron |
Everton | Umbro |
Huddersfield Town | Puma |
Leicester City | Puma |
Liverpool | New Balance |
Manchester City | Nike |
Manchester United | Adidas |
Newcastle United FC | Puma |
Southampton FC | Under Armour |
Stoke City FC | Macron |
Swansea City | Joma |
Tottenham Hotspur | Nike |
Watford FC | Adidas |
West Bromwich Albion | Adidas |
West Ham United | Umbro |
Perkembangan ini menyaksikan ADIDAS hanya berjaya 'menawan' satu pasukan yang dikategorikan pasukan 'penakluk' liga dan kehilangan Chelsea menyebabkan khabar angin kuat mengatakan ADIDAS sedia untuk mengukuhkan kembali dominasi mereka dengan sedia bekerjasama bersama Arsenal musim depan.
Berikut adalah jersi Adidas Arsenal Home, Away dan Third Kit yang direka Mike Ojeda, pereka grafik dari Buenos Aires yang telah mencipta tiga jersi konsep ADIDAS bagi Arsenal yang diilhamkan berdasarkan jersi klasik kelab.
![]() |
Adidas Arsenal Home Kit Concept : Sumber : Footy Headlines |
![]() |
Adidas Arsenal Away Kit Concept : Sumber : Footy Headlines |
![]() |
Adidas Arsenal Third Kit Concept : Sumber : Footy Headlines |
Namun kita sedia maklum bahawa kontrak tajaan PUMA bersama Arsenal hanya berakhir pada tahun ataupun musim 2018/19 (setahun ataupun semusim sahaja lagi tinggal baki kontrak) dan ini mungkin menyebabkan sukar untuk kita melihat ADIDAS bakal menyediakan jersi buat Arsenal musim depan.
Adakah Arsenal bakal menebus kontrak bersama PUMA?
Laporan Mirror juga menyebut dimana pihak pengurusan Arsenal dikatakan sedang menilai jalan penyelesaian yang mampu menggandakan nilai tajaan yang diterima daripada PUMA ketika ini dengan menjadi ADIDAS selaku rakan penaja yang baru.
Dan seterusnya mampu menerima jumlah yang sama ataupun lebih daripada apa yang diterima oleh pesaing utama Arsenal ketika ini (Chelsea dan Manchester United).
Dan seterusnya mampu menerima jumlah yang sama ataupun lebih daripada apa yang diterima oleh pesaing utama Arsenal ketika ini (Chelsea dan Manchester United).
Namun mampukah Arsenal mengabaikan PUMA yang masih mempunyai baki setahun kontrak bersama kelab?
Sebelum ini, Chelsea telah menebus kontrak mereka daripada ADIDAS untuk bertukar kepada NIKE
menjelang kempen musim ini (2017/18), dan ada kemungkinan bahawa Arsenal turut melakukan tindakan yang sama jika (seandainya) menerima tawaran yang jauh lebih menguntungkan daripada ADIDAS.
Most of Chelsea's "exceptional costs" last year covered the 67 million pound (then $97 million) payment to Adidas to allow the club to sign a new sponsorship with Nike worth more than $1 billion. - USA Today.
Pun begitu, sudah tentu PUMA mempunyai hak untuk berunding terlebih dahulu bersama Arsenal sebelum sebarang keputusan dibuat diantara mereka (Arsenal dan PUMA).
Berikut adalah gambaran pereka grafik
Itali, Vincenzo Lagrutta Carrino dengan jersi terakhir PUMA bersama Arsenal bagi musim 2018-2019.
![]() |
Rekaan 'design' jersi Arsenal - PUMA musim 2018/19 yang direka oleh Vincenzo Lagrutta Carrino. |
![]() |
Jersi 'HOME'. kredit : Vincenzo Lagrutta Carrino |
![]() |
Jersi 'AWAY'. kredit : Vincenzo Lagrutta Carrino |
![]() |
Jersi 'THIRD'. kredit : Vincenzo Lagrutta Carrino |
Laman Foot Headlines turut mendedahkan warna jersi yang bakal digunakan bagi ketiga-tiga jersi Arsenal musim depan (2018/19) dengan produk PUMA.
![]() |
Arsenal 18-19 Home Kit |
![]() |
Arsenal 18-19 Away Kit |
![]() |
Arsenal 18-19 Third Kit |
![]() |
Jersi baru Arsenal 2018-2019 'third kit' dikatakan bakal dijual pada penghujung Julai 2018 menurut Footy Headlines. |
![]() |
Turut didedahkan adalah jaket Arsenal musim depan. |
![]() |
Pakar jersi Arsenal iaitu Arsenal Edits telah mencipta konsep bagaimana jersi Adidas Arsenal boleh dijelmakan musim depan. |
![]() |
Lakaran jersi Arsenal-PUMA oleh Arsenal Edits |
Dan terakhir yang pasti membuatkan anda semua 'jatuh cinta' hasil pendedahan Footy Headlines pada 30 April 2018 :
Sebelum itu, pada 25 April Footy Headlines turut mendedahkan rekaan jersi PUMA :
Adakah Arsenal bakal bersama ADIDAS ataupun tetap meneruskan (menghabiskan) kontrak bersama PUMA?
Adakah anda lebih gemarkan ADIDAS... ataupun PUMA? Kongsikan pendapat anda.