Hughes sambung kontrak 3 tahun

Hughes sambung kontrak 3 tahun. Kredit foto : Sky News

Kejayaan Southampton menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris ditangga ke-17 musim 2017/18 menyelamatkan mereka daripada tersingkir daripada saingan liga utama tersebut musim depan.


Pengendali pasukan tersebut, Mark Hughes (54 tahun) mula mengambil alih  tugasan (pada 14 Mac 2018) bersama bekas pasukannya itu bagi tempoh jangka pendek, sehingga penghujung musim lalu dengan misi untuk menyelamatkan mereka daripada tersingkir.

Beliau menjadi calon tidak dijangka selepas meninggalkan Stoke City dengan rekod yang kurang cemerlang namun Southampton yang meraih dua kemenangan dan satu keputusan seri dalam empat aksi terakhir mereka menyelamatkan pasukan itu untuk turus kekal beraksi di saingan tertinggi liga Inggeris.

Kejayaan Hughes mengekalkan Southampton bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi musim depan menyebabkan pihak pengurusan kelab itu  telah menawarkan kontrak baru kepada beliau.

Dan Mark Hughes dilaporkan  telah pun  menandatangani kontrak tersebut yang dipercayai mengekalkan beliau selama tiga tahun bersama Southampton.

“Mark dan pasukannya memberi impak yang besar sejak hari pertama kepada pemain, kakitangan dan juga penyokong serta kerjasama yang ditunjukkan membolehkan kami meraih keputusan diperlukan.

“Di bawah kepemimpinan Mark, adalah lebih penting untuk semua supaya memiliki fokus dan tenaga yang baharu bagi mengharungi musim depan selain sokongan terus menerus daripada penyokong,” kata pasukan itu menerusi satu kenyataan.

Penolong pengurus, Mark Bowen dan jurulatih, Eddie Niedzwiecki turut menandatangani kontrak baru bersama Southampton.

“Mark, Eddie dan saya begitu teruja untuk menandatangani kontrak jangka panjang bersama pasukan ini, Ini adalah pilihan yang kami pertimbangkan selepas lapan minggu bersama pasukan,” kata Hughes.

“Kakitangan dan pemain akan terus bekerja keras untuk menghasilkan kejayaan yang pasukan ini mahukan.

“Sudah pasti sasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak.”

Post a Comment

Previous Post Next Post