Tolonglah tewaskan Liverpool

"Tolonglah tewaskan Liverpool". Kredit foto : The Independent

Lagenda Manchester United, David Beckam meninggalkan pasukan itu pada 2003 dan menyertai Real Madrid.



Namun kebenciannya terhadap seteru tradisi Manchester United, Liverpool tidak pernah padam mahupun pudar.

Dalam tampalan terkini pada laman sosial Instagram beliau, bekas kapten England itu mengharapkan bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Zinedine Zidane supaya dapat menewaskan The Reds pada aksi final Liga Juara Juara, awal pagi esok (jam 2,45 pagi waktu Malaysia).

Beckham 43 tahun, menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan dianggarkan berjumlah £25 juta (RM132 juta) berada bersama-sama Zidane untuk satu sesi temuramah menjelang aksi penuh berprestij di Kiev itu.


“Untuk menjadi seorang pemain yang berjaya dan kini sebagai pengurus yang berjaya, ia satu pencapaian yang mengagumkan,” katanya mengenai Zidane.

“Saya hanya mahu mengucapkan selamat maju jaya di perlawanan akhir Liga Juara Juara kepada Zizou, presiden dan juga pasukan ini.

“Dan tolonglah tewaskan Liverpool!”

Post a Comment

Previous Post Next Post