Jack Wilshere 'berharap' untuk bersetuju dengan kontrak penyambungan Arsenal

Jack Wilshere 'berharap' untuk bersetuju dengan kontrak penyambungan Arsenal. Kredit gambar :
These Football Times

Jack Wilshere, pemain kebangsaan England berusia 26 tahun, telah bersama Arsenal semenjak berusia sembilan tahun dan kontrak beliau bersama kelab ini bakal berakhir  pada musim panas nanti.


Setakat ini, beliau dan Arsenal masih gagal mencapai keputusan bersama dalam rundingan kontrak baru yang ditawarkan terhadap beliau.

Walaupun beliau mengakui bahawa perbincangan masih diteruskan tetapi mengakui situasi kini menjadi semakin rumit ekoran pemergian Arsene Wenger pada akhir musim nanti.

Keputusan Wenger untuk tidak lagi mengendalikan Arsenal merumitkan rundingan penyambungan kontrak Wilshere. Kredit gambar : Sky Sports
Menurut laporan Sky Sports, Wilshere memberitahu Soccer Saturday:
"Kami masih dalam kedudukan yang sama, tidak banyak berubah, kami masih berbincang."

"Jelas ketiadaan bos (Wenger) telah memberikan kesan dan mengubah sedikit perkara kerana saya tidak tahu siapa yang akan menjadi pengurus tahun depan dan itu boleh mengubah keadaan (situasi)."

"Tetapi kami masih berunding dan saya berharap serta kelab juga berharap agar kami dapat melakukan sesuatu."


Wilshere telah direhatkan pada perlawanan yang menyaksikan Arsenal menerima kekalahan 2-1 kepada Manchester United dalam aksi liga Ahad lalu dengan dijangkakan beliau bakal berada bersama skuad utama Arsenal bagi perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa menentang Atletico Madrid Jumaat ini. 

Dengan Arsenal kini berada pada saat genting untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan dengan perlu menjuarai Kejuaraan Liga Europa dan Wilshere mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai masa untuk memikirkan prospek perpindahan ketika ini.
 
"Secara jujurnya, saya tidak pernah berfikir mengenai perkara tersebut (berpindah). Saya telah mengatakan sebelum ini bahawa kelab ini merupakan tempat dimana saya mahu berada dan saya tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir tentang berpindah kelab."

"Kami telah bermain setiap tiga atau empat hari selama tiga atau empat bulan lalu dan ianya begitu sukar."

"Saya menumpukan perhatian kepada setiap perlawanan dan jelas ketiadaan bos (Wenger) secara jujurnya menjadi bulan yang buruk."

Post a Comment

Previous Post Next Post