![]() |
Holding tandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal. Kredit gambar : Arsenal |
Pemain pertahanan berusia 22 tahun ini menyertai Arsenal dari Bolton Wanderers pada tahun 2016 dan membuat kemunculannya ketika Arsenal mengalami kekalahan 4-3 kepada Liverpool pada perlawanan pembukaan musim 2016/17.
Beliau telah membuat 42 penampilan bersama skuad utama Arsenal dengan penampilan yang paling ketara serta paling diingati adalah ketika membantu Arsenal mencapai kemenangan 2-1 keatas Chelsea di Wembley musim lalu dalam perlawanan akhir Piala FA.
Walaupun sukar untuk beliau menembusi skuad utama Arsenal musim ini apabila hanya membuat tujuh penampilan (bermula dalam kesebelasan utama) dalam aksi liga sahaja setakat ini, namun khidmat beliau masih diperlukan Arsenal setelah ditawarkan kontrak baru dan menandatangani kontrak kontrak tersebut untuk tempoh jangka masa panjang.
Dan secara keseluruhannya, beliau khidmat beliau lebih banyak digunakan
Wenger dalam aksi Liga Europa dengan enam penampilan penuh (90 minit).
Rekod penampilan Rob Holding bersama Arsenal musim ini:
Saingan | Penampilan | Gol | Bantuan Gol | Minit Beraksi |
---|---|---|---|---|
Premier League | 10 | - | - | 640' |
Europa League | 8 | 1 | - | 595' |
EFL Cup | 4 | - | - | 390' |
Premier League 2 | 2 | - | - | 180' |
Community Shield | 1 | - | - | 90' |
FA Cup | 1 | - | - | 90' |
JUMLAH | 26 | 1 | - | 1,985' |
Manakala rekod penampilan beliau dalam bermula bersama skuad utama (kesebelasan utama) adalah seperti berikut:
Saingan | Jumlah Penampilan |
Bermula dalam kesebelasan utama |
Masuk sebagai pemain gantian |
---|---|---|---|
Premier League | 10 | 7 | 3 |
Europa League | 8 | 7 | 1 |
EFL Cup | 4 | 4 | - |
Premier League 2 | 2 | 2 | - |
Community Shield | 1 | 1 | - |
FA Cup | 1 | 1 | - |
JUMLAH | 26 | 22 | 4 |
Holding lebih dikenali selaku pemain pertahanan tengah, namun begitu, beliau juga mampu beraksi pada posisi pertahanan kiri,kanan dan juga pemain tengah bertahan (defensive midfielder).
Berikut adalah rekod penampilan beliau mengikut posisi yang dimainkan (diturunkan):
Posisi | Penampilan | Gol | Bantuan Gol |
---|---|---|---|
Centre-Back | 75 | 3 | 1 |
Right-Back | 17 | 1 | 1 |
Left-Back | 6 | 2 | - |
Defensive Midfield | 1 | - | - |
JUMLAH | 99 | 6 | 2 |
Walaupun tidak didedahkan oleh Arsenal jangka (tempoh) kontrak yang ditawarkan tersebut, namun dipercayai kontrak jangka panjang yang ditandatangani Holding itu bakal berakhir pada tahun Jun 2023.
Big congratulations, @RobHolding95 🙌https://t.co/64LPNBQLVC— Arsenal FC (@Arsenal) May 1, 2018