Khabar gembira dari Jerman

Pada 28 April lalu, Sokratis Papastathopoulos digambarkan oleh Bild sebagai hampir pasti meninggalkan Borussia Dortmund dengan Arsenal dikatakan menjadi destinasi 'kemungkinan'  buat pemain pertahanan ini.

Sokratis hampir pasti sertai Arsenal musim depan. Kredit foto: Metro
Sokratis becomes a Gunner!



Walaupun sebelum ini pemain pertahanan berpengalaman yang berusia 29 tahun ini, selain dikaitkan dengan Arsenal, Sokratis juga dikaitkan dengan beberapa kelab besar yang lain seperti Manchester United, Chelsea dan juga Juventus.

Namun dalam perkembangan terkini hari ini, pemain ini dikatakan sah akan menyertai Arsenal musim depan mengikut laporan Bild.

Dan Sokratis bakal menjadi pemain pertama yang bakal ditandatangani Arsenal pada jendela perpindahan musim panas nanti selain menjadi pertama menyertai Arsenal selepas berakhirnya era Arsene Wenger.

Kini, perancangan Mislintat dalam membentuk dan membawa pemain baru ke dalam skuad Arsenal masih mengikut perancangan yang dilaporkan sebelum ini (baca: pendedahan rancangan Mislintat pada jendela perpindahan musim panas).

Post a Comment

Previous Post Next Post