Pendedahan rancangan Mislintat pada jendela perpindahan nanti.

Pendedahan rancangan Mislintat pada jendela perpindahan nanti. Kredit foto : Firstpost

Dua pertahanan tengah, pengganti Cech dan perpindahan percuma antara yang didedahkan dalam rancangan ataupun usaha Arsenal pada jendela perpindahan musim panas nanti.



Walaupun Arsenal ketika ini tidak mempunyai pengurus pasukan selepas Arsene Wenger tidak lagi meneruskan khidmat bersama pasukan, namun ini tidak bermakna Arsenal tidak melakukan sebarang rancangan dalam memperkukuhkan skuad serta urusan pembelian pemain bagi menghadapi saingan musim depan.

Mengikut pendedahan yang dibuat oleh Football London, Arsenal melalui Ketua Pengambilan - Head of Recruitment, Sven Mislintat mengetuai kelab dalam usaha memperkukuhkan pasukan dengan (bakal) membawa masuk beberapa pemain baru pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Arsene Wenger sebelum meninggalkan kelab, beliau telah mengatakan bahawa pasukan memerlukan beberapa perubahan yang perlu dilakukan bagi menjadikan Arsenal lebih kompetitif dalam menghadapi saingan musim depan dengan merasakan sekurang-kurangnya tiga pengambilan baru (pemain) mampu memperkemaskan skuad sedia ada sekarang.

I want to say this team has quality, two years ago we finished second in the league, last year we made 75 points, won the FA cup, won the Charity Shield, we were in the League Cup final we are in semi-final of Europa League. So these players have quality. I’m convinced in the future with two or three additions this team can fight for the championship. - Arsene Wenger.

Namun begitu, Mislintat dilihat mampu membawa lebih daripada apa yang diperlukan (berdasarkan kenyataan dan pendapat Arsene Wenger) dengan mampu membawa masuk lebih ramai pemain baru bagi membina skuad baru Arsenal dan juga kepada pengurus baru yang bakal dilantik Arsenal nanti.



Memperkukuhkan 'tulang belakang' Arsenal.

Tiga kunci ataupun tiga teras utama yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan bagi pasukan Arsenal musim depan adalah pada barisan pertahanan dengan keutamaan diberikan kepada posisi pertahanan tengah selain pemain tengah bertahan (defensive midfielder) dan juga penjaga gol.

Pun begitu, kemungkinan tumpuan juga harus diberikan pada bahagian tengah seandainya Aaron Ramsey tidak lagi bersama Arsenal memandangkan beliau masih belum memberikan sebarang kata putus mengenai masa depan beliau bersama kelab (kontrak beliau bersama Arsenal bakal memasuki tahun akhir dan rundingan kontrak masih belum menemui jalan penyelesaian).

Bagi posisi penjaga gol pula, ianya amat jelas dimana Arsenal sememangnya mahukan pengganti kepada Petr Cech dengan dikatakan kelab telah mensasarkan penjaga gol Bayer Leverkusen, Bernd Leno dan berharap mampu membawa pemain tersebut ke Emirates musim depan.

Bernd Leno antara pemain yang dikatakan bakal dibawa masuk Mislintat musim depan. Kredit foto : Goal.com
Pemain antarabangsa Jerman itu dikatakan mahu meninggalkan Bayer Leverkusen dan beliau mempunyai klausa pelepasan bernilai £22 juta serta ianya dilihat jalan terakhir untuk Arsenal mendapatkan pemain itu (tebus kontrak) sekiranya gagal dalam rundingan untuk membelinya.

Sebelum ini, ejen kepada pemain tersebut dilaporkan telah mengadakan rundingan dengan Napoli, namun perpindahan Leno ke Serie A dikatakan tidak akan menjadi kenyataan.

Saya dapat mengesahkan terdapat rundingan dengan Napoli, namun kami menghentikannya. Napoli bukanlah satu pilihan. - Uli Ferber (ejen pemain kepada Bernd Leno) dipetik daripada Get Germany Football News.

Keutamaan perpindahan - pembelian pemain 

Pertahanan tengah (centre-back) merupakan keutamaan Arsenal paling penting dalam proses membentuk skuad yang mantap bagi menghadapi saingan musim depan dengan dijangkakan dua pemain baru bakal dibawa masuk Mislintat.

Dengan Per Mertesacker bakal bersara dan mengendalikan skuad akademi, kekosongan yang ditinggalkan pemain itu bakal diisi dengan pemain baru.

Dan dikatakan Mislintat teruja untuk membawa masuk pemain muda berusia 21 tahun daripada kelab Jerman, Freiburg iaitu Caglar Soyuncu.

Walaupun pemain muda ini turut mendapat perhatian daripada Manchester United dan juga Manchester City, namun Arsenal yakin mereka mempunyai kelebihan untuk mendapatkan pemain pertahanan muda berbakat ini dengan nilai sekitar £35 juta.

Mislintat mahu membawa masuk Caglar Soyuncu bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggal Mertesacker musim depan. Kredit foto : Metro
Prestasi Shkodran Mustafi yang dikatakan tidak konsisten disamping masalah kecederaan yang dialami oleh Laurent Koscielny juga bakal membawa kepada kemasukan seorang lagi pemain pertahanan baru dengan Sokratis Papastathopoulos, pemain Borussia Dortmund yang dikatakan menjadi sasaran dan pilihan Mislintat.

Pemain pertahanan berpengalaman Dortmund, Sokratis Papastathopoulos (29 tahun) menjadi pilihan Mislintat.
Kredit foto : 101 Great Goals


Ramsey dan perpindahan percuma

Posisi tengah ataupun kawasan tengah juga merupakan antara yang diberikan tumpuan oleh Arsenal bagi memperkukuhkan pasukan dengan dilaporkan The Gunners merupakan salah sebuah pasukan yang dikaitkan dengan perpindahan percuma pemain kebangsaan Jerman, Max Meyer.

Adakah Mislintat bakal membawa masuk Max Mayer musim depan? Pemain ini bebas daripada terikat dengan mana-mana kelab musim depan. Kredit foto :Goal.com

Jean-Michael Seri, pemain yang dikatakan menjadi sasaran Arsenal pada jendela perpindahan musim panas lalu menjadi pilihan seandainya Ramsey dilepaskan (dijual) jika gagal dalam rundingan pembaruan kontrak.

Arsenal kemungkinan menjual Ramsey sekiranya rundingan pembaruan kontrak menemui kegagalan. Kredit foto: Metro
Pemain Nice ini (Michael Seri) dilaporkan hanya berjumlah £35 juta, nilai yang mana dianggap mampu dikeluarkan Arsenal jika Ramsey dilepaskan.

Seri dikatakan menjadi pilihan Arsenal seandainya Ramsey dijual pada jendela perpindahan musim panas nanti. Kredit foto: Daily Express
Bagi posisi lain, Arsenal dilihat tidak terlalu terdesak untuk memperkemaskan dan memperkukuhkan lagi terutamanya pada bahagian serangan.

Cuma pada posisi pertahanan kiri dan kanan ketika ini mungkin ianya mampu ditampung Ainsley Maitland-Niles bagi posisi Hector Bellerin dan Nacho Monreal.

Sead Kolasinac juga mampu mengisi tempat Monreal seandainya pemain itu mengalami kecederaan.

RINGKASAN

Posisi Pemain disasarkan Mislintat Umur Kelab Nilai
Penjaga Gol Bernd Leno 26 tahun Bayer Leverkusen £22 juta
Pertahanan Tengah Caglar Soyuncu 21 tahun Freiburg £35 juta
Pertahanan Tengah Sokratis Papastathopoulos 29 tahun Borussia Dortmund £17 juta
Pemain Tengah Max Meyer 22 tahun Schalke 04 Percuma
Pemain Tengah Jean-Michael Seri 26 tahun Nice, Perancis £35 juta
JUMLAH £109 juta

Jumlah diatas dibuat tanpa mengira penjualan Ramsey, namun mengambil kira nilai yang bakal dibelanjakan Arsenal bagi mendapatkan Seri yang bernilai £35 juta.

Jika nilai pembelian Seri sebanyak £35 juta itu ditolak ataupun tidak dikira, Arsenal memerlukan belanja sebanyak £74 juta dan ini mungkin mampu dikurangkan lagi, bergantung kepada rundingan yang bakal dijalankan ketika mendapatkan pemain-pemain tersebut.

Post a Comment

Previous Post Next Post